Harian Metro

BADAR tekan aspek rohani

-

Antara rahsia penggerak kecemerlan­gan akademik dan sahsiah pelajar ialah penekanan bidang kerohanian menerusi Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) yang diterajui pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) di Klang, Selangor itu sendiri.

BADAR ialah organisasi pelajar yang menjaga dan memelihara sahsiah pelajar serta bertanggun­gjawab dalam menggerakk­an tarbiah dan biah (suasana) solehah di sekolah.

Pengetua KISAS Ustaz Omar Salleh berkata, BADAR yang ditubuhkan sejak 1967 diterajui oleh Presiden dengan dibantu Majlis Tertinggi dalam menggerakk­an aktiviti kerohanian seperti usrah (kumpulan kecil), tamrin (latihan) dan pelbagai lagi.

“Aktiviti usrah ini akan diketuai seorang naqib (ketua kumpulan) dan mereka akan berbincang modul yang ditetapkan oleh sekolah di bawah guru penasihat.

“Modul usrah yang dibangunka­n KISAS sejak setengah dekad lalu menjadi antara penanda aras program sekolah dan ada Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang ingin meminta modul kita untuk dilaksanak­an di sekolah mereka,” katanya.

Menurutnya, selain aktiviti mengimarah­kan masjid termasuk tazkirah yang diberikan pelajar serta guru, warga sekolah itu sentiasa konsisten mengamalka­n bacaan mathurat setiap pagi sebelum kelas akademik bermula serta sebelum Maghrib.

Katanya, pada tengah hari Jumaat pula, pelajar perempuan akan mengikuti kuliah Jumaat, malah guru perempuan juga mempunyai kumpulan usrah sendiri.

“Sebulan sekali kita adakan usrah umum membabitka­n semua pelajar dan guru serta menjemput penceramah luar atau pendakwah bebas datang ke KISAS,” katanya.

 ??  ?? SEKUMPULAN pelajar bergerak ke kelas masing-masing.
SEKUMPULAN pelajar bergerak ke kelas masing-masing.
 ??  ?? PELAJAR berpeluang belajar bermain alat muzik tradisiona­l.
PELAJAR berpeluang belajar bermain alat muzik tradisiona­l.
 ??  ?? PELAJAR mengulang kaji pelajaran di bawah pondok yang disediakan di Kolej Islam Sultan Alam Shah.
PELAJAR mengulang kaji pelajaran di bawah pondok yang disediakan di Kolej Islam Sultan Alam Shah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia