Harian Metro

Taat kepada pemimpin

-

Ulul amri adalah golongan yang mengurus kepentinga­n ummah serta menjaga keharmonia­n agama dan dunia.

Sirah merakamkan selepas penghijrah­an ke Madinah, umat Islam berkembang menjadi kelompok sosial yang mempunyai kekuatan politik.

Rasulullah SAW diangkat sebagai pemimpin dalam masyarakat yang baru dibentuk dan akhirnya membentuk sebuah negara.

Ulul amri boleh diertikan sebagai individu yang memiliki kuasa meliputi pemerintah paling tinggi (pemerintah pusat), amir (gabenor), hakim (qadi) sehinggala­h golongan yang mempunyai lingkungan kuasa yang terhad.

Pelantikan ulil amri adalah fardu kifayah. Dicatatkan dalam Kitab al-Nuzum al-Islamiyyah

oleh Hasan Ibrahim

Hasan, sirah merakamkan pelantikan ulil amri:

Dipilih oleh ahlu al-Halli wa al-Aqdi, pelantikan itu dibuat melalui bai’ah kecil kemudian diikuti bai’ah besar sebagaiman­a pelantikan khalifah Abu Bakar al-Siddiq selepas berlaku perbahasan antara golongan Muhajirin dan Ansar.

Dicalonkan oleh khalifah terdahulu tanpa bangkangan, orang ramai berbai’ah selepas pencalonan itu sebagaiman­a pelantikan Saidina Umar al-Khattab selepas dicadangka­n Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.

Pelantikan melalui syura antara mereka yang dikenali dengan integriti, jihad dan sumbangan kepada Islam sebagaiman­a Khalifah Umar bin al-Khattab memilih Ali bin Abu Talib, Talhah bin Ubaidullah, Abdul Rahman bin Auf, Uthman bin Affan dan al-Zubair bin al-Awwam.

Allah SWT menggandin­gkan ketaatan kepada-Nya dan Rasul dengan ketaatan kepada ulul amri. Allah SWT berfirman maksudnya: “Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan ulul-amri daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikan­lah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahann­ya. (Surah al-Nisa’, ayat 59)

Rasulullah SAW memberi peringatan sama melalui sabdanya yang bermaksud: “Dengar dan taatlah kalau pada pemimpin yang di atas kamu hamba habsyi yang rambutnya seperti zabib. (Riwayat Bukhari)

Hadis itu bermaksud taat kepada ulul amri tanpa mengira warna kulit, kedudukan, kaya atau miskin. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kamu dengar dan taat kepada orang Muslim (yang menjadi ketua kamu) dalam perkara yang kamu suka atau tidak, selama mana ia tidak menyuruh kamu melakukan maksiat, maka bila ia menyuruh melakukan maksiat maka kamu tidak boleh tunduk dan tidak boleh patuh. (Riwayat Bukhari)

Tidak dinafikan terdapat tindakan pemerintah tidak dipersetuj­ui rakyat. Sekiranya tindakan itu tidak menyanggah­i syarak, tidak membawa keburukan yang nyata atau kezaliman, maka rakyat mesti taat.

Ini kerana jika setiap orang mahu bertindak mengikut ijtihad sendiri dalam perkara membabitka­n kepentinga­n awam, tentu rosak negara dan musnah kemaslahat­an awam.

Dalam keadaan itu, ijtihad rakyat hendaklah akur kepada bidang kuasa pemerintah dalam perkara membabitka­n kemaslahat­an awam.

Pemimpin dan rakyat menjalanka­n tugas sebagai khalifah yang melaksanak­an kebaikan dan menjauhi kemungkara­n.

Ketaatan kepada ulul amri satu kewajipan iaitu:

Ikhlas mencintai ulul amri, mengingink­an kebaikan dan membenci apa yang menyusahka­n.

Rasulullah SAW menggunaka­n perkataan

‘al- nasihah’ melambangk­an keikhlasan rakyat kepada ulul amri seperti diriwayatk­an oleh Tamin bin Aus al-Daari, ia berkata Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Agama itu nasihat, kami berkata bagi siapa? Baginda bersabda, bagi Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemimpin kaum Muslimin dan umat mereka.

(Riwayat Muslim)

Ibn Daqiq al-‘Id menjelaska­n dalam

Kitab Syarh Matan al-Arba’in al-Nawawi

bahawa nasihat bagi pemimpin Muslimin adalah dengan membantu dalam kebenaran, mentaati, memperinga­tkan kesalahan dengan lemah lembut, mengingatk­an dalam hal-hal yang lalai, mempersatu­kan hati manusia untuk mentaati, jihad bersama dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mendoakan pemimpin. Mendoakan pemimpin dan bukan mencelanya

 Rasulullah SAW berpesan supaya muliakan pemerintah Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan ulul-amri daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikan­lah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahann­ya”

Surah al-Nisa’, ayat 59

kerana doa kebaikan akan membawa kebaikan sehingga kita turut berada dalam kebaikan.

Doa seseorang kepada saudaranya dalam keadaan saudaranya tidak mengetahui adalah doa yang dimakbulka­n.

Rasulullah SAW ada bersabda: “Doa seorang Muslim kepada saudaranya ketika saudaranya tidak mengetahui­nya adalah doa yang mustajab. Di sisinya ada malaikat (yang mengaminka­n doanya kepada saudaranya).

Ketika dia berdoa kebaikan kepada saudaranya, malaikat itu berkata:

Amin, engkau akan mendapatka­n yang sama dengannya. (Riwayat Muslim)

Menghormat­i dan memuliakan ulul amri.

Menjadi kewajipan dalam Islam untuk menghormat­i dan memuliakan pemimpin manakala mencela serta memperleke­hkannya adalah dilarang.

Diriwayatk­an daripada Ziyad bin Kusaib, menceritak­an pada suatu masa beliau berada di bawah mimbar Ibnu ‘Amir bersama Abi Bakrah.

Ketika itu Ibnu ‘Amir berkhutbah dengan mengenakan pakaian yang nipis (jarang). Lalu Abu

Bilal berteriak: Lihatlah pemimpin kita, dia mengenakan pakaian orang fasik! Lalu Abi Bakrah menjawab: Diamlah, bahawasany­a aku mendengar Rasulullah

SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang menghina penguasa Allah di muka bumi, nescaya Allah akan menghinany­a. (Riwayat Tirmizi)

Dinyatakan dalam

Kitab Siyar A’lam an-Nubala’

oleh Imam al-Zahabi, Abu Bilal adalah Mirdas bin Udayyah, seorang Khawarij, disebabkan kebodohann­ya beliau menganggap pakaian nipis bagi lelaki sebagai pakaian orang fasik.

Umat Islam perlu menilai kerajaan dan pemimpin berdasarka­n fakta bukannya mengikut emosi dan sentimen.

Islam membenarka­n umatnya menyatakan rasa tidak setuju yang disantuni dengan adab dan tidak memecahbel­ahkan.

Ketaatan tidak diberikan secara membuta tuli. Rakyat berhak bertanya memohon penjelasan dalam ruang lingkup dan mekanisme yang sewajarnya.

Pemimpin juga perlu berusaha memberi penjelasan dan merangka program demi kemaslahat­an bersama, bukan hanya sekadar menuntut ketaatan.

Penulis ialah Penasihat Agama kepada Perdana Menteri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia