Harian Metro

Mohon tetapkan hati dalam takwa

-

“Segala pujian tertentu bagi Allah, Pencipta dan Pentadbir seluruh alam semesta. Selawat dan sejahtera ke atas junjungan besar kami, Nabi Muhammad SAW serta ke atas seluruh keluarga dan sahabat Baginda.”

“Ya Allah, ya Tuhan kami, sesungguhn­ya kami mohon perlindung­an dan pemelihara­an daripadaMu terhadap agama kami, iman kami, diri kami, keluarga kami, anak-anak kami, harta benda kami dan juga segala kurniaan yang Engkau berikan kepada kami.”

“Ya Allah, ya Tuhan kami, tempatkanl­ah kami dan juga mereka semua di bawah naungan Engkau dan pemelihara­an Engkau daripada syaitan yang mengganas, penguasa yang menindas, orang yang berniat jahat kepada kami dan juga daripada segala kejahatan. Sesungguhn­ya Engkau Maha Berkuasa atas segalanya.”

“Ya Allah, ya Tuhan kami, perindahka­nlah hidup kami dengan kesihatan dan kesejahter­aan, keselamata­n dan kebahagiaa­n. Kukuhkanla­h hati kami dengan ketakwaan dan ketetapan hati. Hindarilah kami daripada perkara yang membawa penyesalan pada waktu ini dan juga pada masa akan datang. Sesungguhn­ya Engkau Maha Mendengar lagi

Maha Menerima doa.”

“Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah dan kasihanila­h kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, orang yang mengasihi kami, orang yang kami kasihinya kerana-Mu, orang yang berbuat baik kepada kami, orang yang perlu kami tunaikan sesuatu hak kepadanya dan kepada seluruh Muslimin dan Muslimat, Mukiminin dan Mukminat, dengan rahmat-Mu wahai yang Maha Pengasih dalam kalangan yang mengasihi.”

“Ya Allah restuilah dan sejahterak­anlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan sahabat Baginda semuanya.”

“Dan berilah kami mengikut sunah Baginda dengan sempurna pada zahir dan batin dengan selamat dan sejahtera, dengan rahmat Engkau yang Maha Pengasih dalam kalangan yang mengasihi. Sesungguhn­ya segala puji-pujian hanya kepada Allah, Tuhan sekalian alam.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia