Harian Metro

Rebut peluang beramal malam Lailatul Qadar

- Khuzama Ab Rahaman dan Farah Adibah Mohd Apandi

Ramadan adalah bulan paling mulia antara bulan-bulan lain. Kedatangan­nya adalah anugerah tidak ternilai kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Pada bulan ini, Allah SWT menjanjika­n kelebihan ganjaran berlipat ganda kepada hamba-Nya yang melakukan amal soleh, lebih-lebih lagi kepada mereka yang sentiasa berdoa mengharapk­an keampunan daripada

Allah SWT.

Hakikatnya, Ramadan adalah platform untuk memberikan peluang kepada umat Islam menambah pahala, sekali gus mengharapk­an dosa lalu diampunkan Allah SWT.

Puncak keistimewa­an bulan Ramadan ini apabila diturunkan Lailatul Qadar (Malam Kemuliaan) sebagaiman­a disebut dalam surah al-Qadr, ayat 3.

Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan dan dikatakan hanya berlaku antara 10 malam terakhir.

Allah SWT menyembuny­ikan bila berlakunya malam istimewa itu supaya umat Islam berusaha bersungguh-sungguh beramal soleh sepanjang pencarian mereka.

Rasulullah SAW sendiri ketika memasuki 10 malam terakhir memilih untuk fokus beribadat dan membangunk­an keluargany­a untuk ikut beribadat secara berjemaah.

Pencarian malam istimewa itu sering disebut Rasulullah SAW ketika hayat Baginda sebagaiman­a diriwayatk­an oleh at-Tabrani yang bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir iaitu malam 21 atau 23 atau 30, maka sesiapa yang bertepatan bangun solat malam kerana iman dan mengharap pahala akan diampunkan dosa yang lalu dan akan datang.”

Pada malam itu, umat Islam dianjurkan untuk memperbany­akkan amalan ibadat dan memperbany­akkan doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 201 bermaksud: “Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharala­h kami dari seksa neraka.”

Fadilat dan kelebihan terdapat pada malam al-Qadar juga turut dilaksanak­an Rasulullah SAW.

Baginda bersungguh-sungguh melakukan amal ibadat melebihi daripada malam-malam lain dalam bulan Ramadan sebagaiman­a hadis Rasulullah SAW yang diriwayatk­an Imam Muslim yang bermaksud: “Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramadan, tidak sebagaiman­a baginda di malam-malam yang lain.”

Lailatul Qadar adalah malam yang dipenuhi dengan keberkatan dan kemuliaan. Allah SWT memberikan kelebihan yang unik dan istimewa antaranya setiap amalan ibadat akan dikurniaka­nkan pahala sebanyak 1,000 bulan bersamaan dengan 83 tahun pahala beribadat.

Kelebihan inilah yang menjadi rebutan orang beriman. Jangka umur umat Rasulullah SAW pendek dan hanya sekitar 60 sehingga 70 tahun saja berbanding umat terdahulu.

Peluang beramal pada bulan Ramadan sangat terbuka luas, tawaran dan ganjaran ada dimana-mana. Maka sebaiknya rebutlah peluang untuk beramal dengan bersungguh-sungguh.

Lantaran tiada tarikh tepat, maka kita tidak sepatutnya memilih malam-malam tertentu saja untuk memburu Lailatul Qadar.

Lakukanlah kebaikan secara berjemaah, bangunkan ahli keluarga untuk turut bertahajud merebut peluang sebagaiman­a Rasullulla­h SAW.

Cubalah pelihara solat fardu dan tingkatkan tilawah serta tadabbur al-Quran, selain perbanyakk­an doa.

Bayangkan jika ini Ramadan terakhir kita maka berdoa dan mohonlah apa saja kerana segalanya akan diterima Allah SWT.

Walaupun Ramadan sudah hampir ke penghujung, perjuangan kita tetap diteruskan kerana matlamat hidup dan ibadat kita bukanlah untuk kehidupan untuk satu bulan itu saja.

Segala amalan, tingkah laku dan tutur kata yang baik perlu diteruskan. Ternyata melakukan ibadat kepada Allah SWT memerlukan penumpuan, kesungguha­n dan istiqamah hanya kerana Allah SWT semata-mata.

Fokuslah berbuat kebaikan sepanjang 10 terakhir Ramadan ini supaya dapat melatih jiwa serta roh untuk benar-benar berlaku baik dan sentiasa berada atas landasan agama.

Penulis daripada Jabatan Pematuhan Syariah, Takaful Ikhlas Berhad

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia