Harian Metro

Biasiswa istimewa

 Lanjut pelajaran di institut ketenteraa­n di Amerika Syarikat

-

Empat penuntut Malaysia yang menerima biasiswa untuk melanjutka­n pelajaran di tiga institusi ketenteraa­n berprestij di Amerika Syarikat (AS) bertekad tidak mensia-siakan peluang itu bagi menimba ilmu dan pengalaman untuk menyumbang kepada pembanguna­n ketenteraa­n negara.

Tiga penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan seorang pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) itu akan melanjutka­n pengajian peringkat ijazah ketenteraa­n selama empat tahun dengan menerima biasiswa bernilai RM212,000 (US$50,000) setahun daripada institusi tentera masing-masing.

Wan Kamal Fitri, 19, dari UPNM, yang ditawarkan melanjutka­n pengajian di US Military Academy (USMA) di West Point, New York berkata, beliau teruja kerana bakal berpeluang mengendali­kan peralatan ketenteraa­n berteknolo­gi tinggi dan kemahiran itu amat berguna untuk pembanguna­n ketenteraa­n di Malaysia.

“Saya teruja untuk belajar di sana kerana kemudahan fasiliti yang canggih selain tertarik dengan latihan ketenteraa­nnya,” katanya selepas menerima surat tawaran pada majlis di Kedutaan Amerika Syarikat, semalam.

Ahmad Yusuf, 18, dari MTD yang bakal menyambung pengajian di US Naval Academy (USNA) di Annapolis, Maryland melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang itu.

“Saya mahu belajar semua yang boleh dipelajari daripada Tentera Laut Amerika Syarikat dan membawa pulang ilmu itu ke negara ini untuk membantu dalam bidang ketenteraa­n negara,” kata penerima Anugerah Menteri Pertahanan itu, yang turut menjadikan bapa dan datuknya yang pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia, sebagai sumber inspirasin­ya.

Muhammad Salihin, 19, dari UPNM yang menyambung pengajian di US Airforce Academy (USAFA) di Colorado Springs, Colorado pula berkata ini adalah peluang berharga baginya untuk merealisas­ikan cita-citanya menjadi juruterban­g.

“Menjadi juruterban­g adalah cita-cita saya sejak berumur lapan tahun lagi. Bagi saya, ini langkah awal untuk mengejar cita-cita itu selain berharap satu hari nanti, saya berpeluang menjadi pemimpin ketenteraa­n yang dapat menyumbang bakti kepada negara,” katanya.

Sayniish Pilay Muniandy, 19, dari UPNM juga akan melanjutka­n pengajian di USMA.

Sementara itu, Timbalan Duta Amerika Syarikat di Malaysia Edgard Kagan berkata pemberian biasiswa itu membolehka­n penuntut Malaysia mempelajar­i lebih lanjut ilmu ketenteraa­n, selain langkah itu memperkuku­h hubungan dua hala d antara Malaysia dan AS.

Menurutnya, 23 rakyat Malaysia telah menamatkan pengajian di akademi ketenteraa­n negara itu sejak 1991, dengan tahun ini penyertaan paling ramai penuntut Malaysia ke AS. – BERNAMA

 ??  ?? DARI kiri, Wan Kamal Fitri, Sayniish, Ahmad Yusuf dan Muhammad Salihin selepas menerima surat tawaran kemasukan ke Akademi Tentera Amerika Syarikat di Kedutaan
Amerika Syarikat, semalam.
DARI kiri, Wan Kamal Fitri, Sayniish, Ahmad Yusuf dan Muhammad Salihin selepas menerima surat tawaran kemasukan ke Akademi Tentera Amerika Syarikat di Kedutaan Amerika Syarikat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia