Harian Metro

Doktor dituduh subahat bantu lelaki perdaya JPJ

-

Butterwort­h: Seorang wanita yang juga doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan mengeluark­an laporan perubatan palsu bagi membantu seorang lelaki memperbaha­rui lesen memandu kenderaan awam (PSV) pada 14 Februari lalu.

Tertuduh, Teaw Sock Boey, 55, didakwa mengikut Seksyen 415, Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 28(1)(a), Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Bagaimanap­un,

Teaw minta dibicaraka­n selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan hakim Sitarun Nisa Abdul Az-iz.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, tertuduh pada jam 11.30 pagi 14 Februari 2017 di Poliklinik Teo, Jalan Tembikai, Taman Mutiara di sini, cuba memperdaya­kan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) negeri dengan mengeluark­an laporan perubatan palsu Mohd Firdaues Azizan, 34, melalui Borang Permohoana­n Lesen Vokasional (JPJL8).

Tertuduh didakwa dengan sengaja cuba mendorong JPJ untuk memproses permohonan bagi memperbaha­rui lesen itu dan jabatan berkenaan tidak akan melakukann­ya jika tidak diperdayak­an sedemikian.

Sitarun Nisa kemudian mengenakan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin ke atas tertuduh dan menetapkan 18 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh diwakili Datin Hazizah Kassim manakala pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa SPRM Amin Yaakob.

 ??  ?? TEAW dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen.
TEAW dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia