Harian Metro

Kesejukan ponteng puasa

Lelaki berendam sejam dalam sungai lari dari penguat kuasa agama

- Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

FAKTA

Lelaki tidak berganjak di dalam

sungai selepas menunggu hampir

satu jam

Seorang lelaki berusia 56 tahun yang ponteng puasa sanggup berendam hampir 30 minit dalam sungai sebelum berjaya meloloskan diri dalam serbuan, di sini, semalam.

Sebelum itu, lelaki berkenaan ditahan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) ketika melarikan diri di sawah padi bagi mengelak daripada ditahan, kira-kira jam 11 pagi.

Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, tujuh anggota penguat kuasa diketuai Muhammad Ihsanuddin Mohd Azhar melakukan serbuan di bawah jejantas stesen kereta api Kodiang, di sini, sebelum terserempa­k lelaki itu sedang makan.

Katanya, terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa menyebabka­n lelaki itu terus melarikan diri.

“Anggota PADKP mengejar lelaki itu sehingga ke kawasan sawah padi sambil cuba memujuknya hampir 45 minit sebelum berjaya ditahan. Tetapi, dia berjaya melarikan diri sekali lagi dan bertindak berani terjun ke dalam sungai untuk mengelak daripada ditahan,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Radzi berkata, pihaknya terpaksa meminta bantuan polis untuk membantu memujuk lelaki itu supaya menyerah diri, namun dia tetap berdegil.

Katanya, pihaknya kemudian meninggalk­an lelaki itu yang tidak berganjak di dalam sungai selepas menunggu hampir satu jam.

“Kita hanya menahan penjual makanan berusia 50 tahun kerana menjual makanan kepada umat Islam yang tidak berpuasa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana menggalakk­an maksiat dengan menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa, jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

 ??  ?? SUSPEK berendam dalam sungai selepas berjaya melarikan diri ketika dicekup kerana tidak berpuasa di Kodiang, semalam.
SUSPEK berendam dalam sungai selepas berjaya melarikan diri ketika dicekup kerana tidak berpuasa di Kodiang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia