Harian Metro

Deejay pandu dalam keadaan mabuk didenda

-

Kuala Lumpur: Seorang deejay kelab malam yang merakam dan menyebarka­n klip video polis trafik ketika ditahan dalam satu sekatan jalan raya, didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di sini, semalam, selepas mengaku salah atas pertuduhan memandu dibawah pengaruh alkohol.

Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhka­n hukuman itu terhadap Ooi Kok Wei, 31, dan memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Ooi yang juga penari sambilan didakwa memandu kereta BMW di bawah pengaruh alkohol iaitu 84 miligram (mg) alkohol per 100 mililiter (ml) darah melebihi had dibenarkan iaitu 80mg.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Sungai Besi, di sini, pada jam 3.45 pagi, 6 Mei lalu. Bagi pertuduhan itu, Ooi didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM6,000 dan boleh dipenjara maksimum 12 bulan serta lesen memandu percubaan diba- talkan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah memberikan hukuman ringan kerana dia benar-benar menyesal dengan perbuatann­ya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, dalam kejadian itu, suspek terbabit ditahan Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di Jalan Sungai Besi-Jalan Tun Razak selepas dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia