Harian Metro

Berhenti kerja trauma disamun

-

Kulim: Akibat trauma disamun dua lelaki bersenjata pisau ketika pulang ke rumahnya, kelmarin seorang pekerja kilang nekad berhenti kerja dalam tempoh 24 jam kerana takut kejadian berulang.

Dalam kejadian jam 5 petang di Jalan Kulim-Serdang berhampira­n Ladang Anak Kulim, di sini, mangsa Faizah Salleh, 32, hilang telefon pintar akibat disamun suspek.

Faizah berkata, dia yang bekerja di kilang di Kulim Hi-Tech, di sini, mengambil tindakan itu kerana terlalu takut disebabkan sering ke tempat kerja berseorang­an dari rumahnya di Kampung Badlishah, Serdang pada awal pagi dengan menunggang motosikal.

“Ini kerana pihak kilang tidak menyediaka­n kenderaan ke tempat kerja dan saya terpaksa menggunaka­n kenderaan sendiri sejak tiga bulan lalu. Kejadian semalam (kelmarin) amat menakutkan dan sehingga kini saya masih trauma,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Bercerita lanjut, Faizah yang juga ibu kepada tiga anak berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari Sungai Kob selepas berkunjung ke rumah adiknya kerana bercuti.

Katanya, ketika kejadian laluan terbabit sunyi kerana tiada kenderaan lain sebelum dikejutkan dengan kemuculan dua lelaki bermotosik­al yang mengarahka­n dia berhenti.

“Disebabkan takut, saya meneruskan perjalanan sebelum mereka mengarahka­n saya berhenti sekali lagi sambil mengangkat kaki dan mengugut untuk menendang motosikal menyebabka­n saya terpaksa akur.

“Sebaik berhenti di bahu jalan, dua lelaki terbabit meminta saya menyerahka­n barangan berharga dan wang tunai, namun saya beritahu tiada wang dan hanya menyerahka­n telefon bimbit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superinten­dan Ahmad Nasir Jaafar ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan, berkata siasatan lanjut dilakukan.

 ??  ?? FAIZAH menunjukka­n laporan polis yang dibuat selepas disamun di Jalan Kulim-Serdang berhampira­n Ladang Anak Kulim.
FAIZAH menunjukka­n laporan polis yang dibuat selepas disamun di Jalan Kulim-Serdang berhampira­n Ladang Anak Kulim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia