Harian Metro

Culik rakan senegara akibat dendam

-

Kuala Lumpur: Sanggup datang jauh dari Bangladesh semata-mata mahu membalas dendam dengan menculik dan mengurung rakan senegara.

Itu tindakan dilakukan seorang lelaki dibantu dua rakan lain yang menculik lelaki warga Bangladesh pada 7 Jun lalu di Pasar Seni, di sini.

Suspek dikatakan meminta tebusan RM20,000 daripada keluarga mangsa berusia 30-an itu sebelum lelaki itu dibebaskan pada 9 Jun lalu selepas tebusan dibayar.

Bagaimanap­un, suspek ditahan tengah hari kelmarin di Jalan Klang Lama, di sini, selepas mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sumber polis berkata, dalam kejadian culik jam 2.30 petang, mangsa dikatakan mahu masuk ke dalam keretanya sebelum diculik tiga lelaki yang menaiki teksi.

“Mangsa dipaksa masuk ke dalam teksi dan dibawa ke sebuah rumah di Jalan Klang Lama di sini, sebelum dikurung. Suspek kemudian mengugut keluarga mangsa di Bangladesh untuk menyerahka­n wang sebanyak RM20,000.

“Selepas keluarga mangsa membuat bayaran, mangsa dibebaskan jam 6 petang 9 Jun lalu sebelum dia membuat laporan polis pada Isnin lalu,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n keterangan mangsa, suspek tidak berpuas hati kerana mangsa sebelum ini pernah menyebabka­n dia ditahan polis kerana tidak mempunyai pasport.

“Suspek dikatakan sudah menyerahka­n sejumlah wang kepada mangsa untuk membuat pasport namun dia ditangkap dan diusir pulang.

“Suspek berusia 30-an yang dihantar pulang ke negara asal kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah bagaimanap­un memasuki semula Malaysia untuk membalas dendam,” katanya.

Menurutnya, suspek utama bagaimanap­un ditahan polis di di Jalan Klang Lama jam 12 tengah hari kelmarin manakala dua lagi suspek masih diburu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia