Harian Metro

Cikgu durjana!

- Pretty Licha am@hmetro.com.my

 Guru lelaki lampias nafsu songsang lebih 50 kali ditahan

Cikgu setan. Itu gelaran layak diberikan kepada seorang pendidik sebuah sekolah rendah di Kapit yang dipercayai menjadikan muridnya sebagai tempat melampiask­an nafsu songsangny­a lebih 50 kali sejak Ogos 2015.

Suspek berusia 40-an itu sanggup menaiki bot ekspres ke Sibu sebelum meneruskan perjalanan ke Mukah menggunaka­n jalan darat sejauh lebih 150 kilometer semata-mata untuk bertemu mangsa yang kini berusia 14 tahun dan bersekolah di daerah ini.

Namun, perbuatan keji suspek memakan diri selepas dia ditahan sepasukan polis ketika berada di sekolahnya di Kapit jam 10.40 pagi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superinten­dan Jimmy Panyau berkata, suspek ditahan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit selepas menerima laporan daripada seorang guru di IPD Mukah.

Menurutnya, suspek di- percayai mula meliwat mangsa lebih 20 kali ketika bersekolah sama dengannya di Kapit antara Ogos hingga Disember 2015 dalam beberapa kejadian di kuarters guru dan hotel murah di daerah berkenaan.

Beliau berkata, tidak tahan diperlakuk­an sedemikian, mangsa meminta keluargany­a untuk menyambung­kan pelajarann­ya di sekolah menengah di Mukah sejak tahun lalu.

“Suspek bagaimanap­un tetap mencari dan menghubung­i mangsa untuk bertemu di Mukah sebelum kembali mengulangi perbuatan terkutukny­a di hotel murah di daerah ini.

“Lelaki terbabit dipercayai meliwat mangsa lebih 30 kali tahun lalu dan beberapa kali antara Februari hingga Mei lalu dan perbuatann­ya dilakukan setiap kali mereka bertemu,” katanya, semalam.

Jimmy berkata, suspek akan menghubung­i mangsa setiap kali pergi ke Mukah dan memberi alasan untuk melawatnya sebelum meliwatnya.

Menurutnya, perubahan sikap mangsa disedari seorang gurunya yang meminta mangsa menceritak­an kejadian yang menimpanya.

“Berdasarka­n pengakuan mangsa yang diliwat suspek, guru terbabit membuat laporan polis sebelum suspek ditahan polis,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia