Harian Metro

Jiran naik hantu kerana mercun

-

Tiga beranak naik hantu apabila mengugut mahu mengelar leher jirannya selain turut menyerang keluarga mangsa dengan batu-bata di Kampung Pengkalan Star, Gelugor Kedai, di sini, Isnin lalu.

Kejadian jam 2 pagi, dipercayai berlaku selepas tiga beranak berkenaan tidak berpuas hati dengan tindakan anak jirannya bermain bunga api dan mercun.

Dalam kejadian itu, mangsa yang juga wanita berusia 35 tahun berada di rumahnya sebelum diserang jirannya yang datang bersama anak lelaki dan menantu lelakinya.

Menurut sumber, tiga beranak itu juga mengejar anak mangsa yang bermain bunga api di hadapan rumah sambil memegang pisau.

Mereka mengugut mahu mengelar leher mangsa sementara anak lelaki dan menantu suspek bergelut dengan suami dan anaknya.

“Dalam pergelutan itu, suami mangsa cedera di kepala dipercayai diserang menggunaka­n objek keras oleh anak dan menantu jirannya manakala anak mangsa berusia 16 tahun cedera di kepala akibat diserang dengan batu-bata.

“Selain itu, belakang badan anak perempuan mangsa berusia 14 tahun turut dipijak manakala dua lagi anak mangsa berusia tiga dan lima tahun masing-masing calar serta bengkak di kepala sebelum mendapatka­n rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya.

Menurutnya, mangsa yang bimbang keselamata­n diri dan keluarga membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia