Harian Metro

Wanita rempuh 8 remaja curi tumpuan media

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

Kehadiran jurujual wanita yang didakwa memandu secara melulu sehingga menyebabka­n kematian lapan remaja berbasikal 18 Februari lalu mencuri tumpuan lensa kumpulan media dan jurugambar di Kompleks Mahkamah Johor Bahru, pagi semalam.

Kelibat tertuduh, Sam Ka Ting, 22, disedari jam 11.08 pagi ketika dia bersama peguam, Faizal Mokhtar meninggalk­an Mahkamah Majistret Trafik selepas selesai prosiding sebutan semula kes ditetapkan pagi semalam.

Penampilan wanita itu yang memakai baju putih dan dilapisi baju coklat turut menjadi perhatian kerana dia juga memakai topeng mulut ketika meninggalk­an kamar mahkamah.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Trafik menetapkan tarikh bicara berkenaan bermula 28 Ogos depan.

Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, semalam, terhadap pertuduhan merusuh hingga mencederak­an seorang pemandu Uber, minggu lalu.

Tertuduh iaitu Teoh Chew Beng, 37, Ng Chung Pheng, 32, Koay Hean Tatt, 32, dan Wong Kok Leong, 27, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Catherine Nicholas.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merusuh hingga mencederak­an Muhammad Sukri Ramli, 30, di tepi Jalan Lintang Paya Terubong 1 pada jam 3 petang, 7 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Catherine kemudian membenarka­n setiap tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin serta mengarahka­n mereka melaporkan diri di balai polis terdekat setiap minggu sehingga

 ??  ?? EMPAT tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown, semalam.
EMPAT tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown, semalam.
 ??  ?? SAM yang didakwa memandu secara melulu sehingga menyebabka­n kematian lapan remaja.
SAM yang didakwa memandu secara melulu sehingga menyebabka­n kematian lapan remaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia