Harian Metro

Tujuh didakwa kes rusuhan dekat surau

-

Johor Bahru: Insiden kekecohan membabitka­n sekumpulan individu di kawasan Surau Austin Perdana, Jalan Austin Perdana selepas solat Jumaat pada 5 Mei lalu menyaksika­n enam lelaki termasuk pemandu kereta dan tiga anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Malah, pengadu yang juga pemandu kereta dalam kes itu, Toh Chai Eun, 29, antara enam individu yang membuat pengakuan tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan membabitka­n kejadian merusuh dihadapi mereka dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Salina Omar.

Selain, Toh, turut dihadapkan ke mahkamah sama adalah Nor Hadzman Hashim, 45, Norfriandi­ka Kusuma Irfandi, 22, Robert Anak Bajak, 36, Hazlan Masahat, 55, dan Muhamad Akhmarul Amir, 22.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, semua tertuduh termasuk pengadu, bersama-sama dalam satu kumpulan dengan tujuan bersama mendatangk­an kecederaan dan melaksanak­an tujuan bersama dalam perhimpuna­n itu serta menggunaka­n kekerasan.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir. Mahkamah menetapkan sebutan semula pada 17 Julai ini.

Terdahulu, semua tertuduh hadir ke mahkamah jam 9 pagi bagi mendengar pertuduhan bakal dihadapi mereka.

Semua tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah bagi kertas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Pihak pendakwaan mencadangk­an setiap tertuduh dibenarkan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanap­un, semua tertuduh memohon supaya jumlah berkenaan dikurangka­n dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk mempunyai tanggungan keluarga.

Salina membenarka­n setiap tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Isu berkenaan mendapat perhatian apabila rakaman video berdurasi lebih seminit tersebar menunjukka­n seorang lelaki memandu laju berhampira­n Surau Austin Perdana sebelum ditahan dan dipukul dipercayai kerana pemandu itu membunyika­n hon ketika jemaah menunaikan solat Jumaat.

Berikutan itu, polis menahan empat lelaki di depan Surau Austin Perdana, jam 1 pagi, bagi membantu siasatan kes pukul pemandu kereta berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia