Harian Metro

Tak mengaku noda

- Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

>>Mahkamah menetapkan 16 Julai depan untuk laporan kimia, forensik dan perubatan mangsa

 Enam lelaki didakwa rogol remaja 17 tahun secara berkumpula­n

Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam terhadap tuduhan merogol secara berkumpula­n seorang pelajar perempuan tingkatan lima, awal bulan ini.

Semua tertuduh, Mohamad Nuruddin Mohd Fauzi, 22, Muhammad Yusuf Danial Luqman, 21, Che Kamarul Aiman Che Rasid, 20, Mohamad Tasyrik Mahmud, 20, Muhammad Alif Asmawi Othman, 20, dan Wan Hazaki Wan Hanapi, 38 mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan.

Mohamad Nuruddin turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan seks oral terhadap mangsa sama.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mohamad Nuruddin didakwa merogol secara berkumpula­n remaja perempuan berusia 17 tahun di Kubur Cina Pasir Parit, Sungai Batu, Pasir Mas jam 1 pagi dan 3 pagi pada 3 Jun lalu.

Bagi kedua-dua tuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimun 30 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, Mohamad Nuruddin didakwa melakukan seks oral terhadap mangsa sama di lokasi sama pada jam 3 pagi. Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dan dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Lima lagi tertuduh didakwa merogol secara berkumpula­n terhadap mangsa di lokasi sama antara jam 1 pagi hingga 3 pagi 3 Jun 2017.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Haslida Isamail manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Dazuki Ali tidak membenarka­n tertuduh diikat jamin dan menetapkan 16 Julai ini untuk laporan kimia, forensik dan perubatan mangsa.

Harian Metro pada 5 Jun lalu, melaporkan enam lelaki bernafsu binatang tergamak merogol remaja perempuan berusia 17 tahun secara bergilir-gilir di pondok yang jauh dari rumah penduduk.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad dipetik berkata, sebelum itu, mangsa dipercayai mengikut teman lelakinya keluar makan rojak di kedai makan sebelum dibawa ke pondok terpencil dan dirogol semua tertuduh.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ENAM tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas, semalam.
ENAM tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia