Harian Metro

Ibu bimbang anak gadis menghilang

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Ke mana kamu pergi nak? Dah puas ayah dan ibu cari” Itulah rintihan seorang ibu susulan kehilangan anak gadisnya sejak Isnin lalu.

Ibunya, Zainun Bebe Vimala Abdullah, 42, tidak dapat menahan sebak sebaik menceritak­an kejadian menimpa anaknya, Habibah Begum, 23,

tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja di Selayang Baru, di sini.

“Sebelum ini dia tidak pernah berkelakua­n sebegini. Ini adalah kejadian kali pertama dia tidak pulang ke rumah.

“Pada hari kejadian, saya memintanya pulang awal untuk bersama-sama membaca al-Quran sempena Nuzul Quran. Itulah kali terakhir saya bercakap dengannya sebelum melihat dia keluar bekerja,” katanya.

Menurutnya, Habibah baru bekerja di sebuah kedai motosikal sebagai kerani sejak tujuh bulan lalu

(gambar)

dan dia tidak menunjukka­n sebarang perubahan sikap pelik.

“Anak saya pergi kerja dengan berjalan kaki kerana jarak antara rumah kami dengan tempat kerjanya hanya mengambil masa 15 minit,” katanya.

Dia mendakwa cuba menghubung­i anaknya itu namun gagal.

“Saya kemudian pergi ke tempat kerjanya namun pemilik kedai mendakwa Habibah tidak masuk ke pejabat pada hari itu.

“Kami mula panik dan segera membuat laporan polis di Balai Polis Selayang dan sehingga kini masih tiada berita mengenai anak kami,” katanya.

Sementara itu, Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslimin Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat ataupun ternampak gadis yang hilang itu diminta menghubung­i balai polis berhampira­n.

Jika dihitung hayat kaki palsu yang digunakann­ya ketika ini, sudah selayaknya Nor Elisha Mohd Zaini, 17, menggunaka­n kaki palsu baru yang lebih selesa.

Bukan hanya kaki palsu itu sudah melebihi tempoh, tumbesaran badannya juga antara faktor dia tidak selesa mengenakan kaki palsu kanannya itu.

Doktor memberitah­u dia layak memakai kaki palsu untuk tempoh maksimum tiga tahun saja, namun kini sudah menggunaka­nnya selama lima tahun.

“Keluarga tidak cukup duit untuk tempah kaki palsu yang lain. Sebelum ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang tanggung dan saya menerima kaki palsu sebanyak dua kali termasuk ketika berusia lima tahun.

“Sekarang memang tidak selesa pakai kaki ini kerana pangkal betis saya mudah melecet disebabkan saiznya kecil. Ia tidak muat untuk fizikal badan saya sekarang.

“Saya bersabar saja sehingga ada orang membantu untuk beri kaki palsu baru,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Teluk Renjuna di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, dia menerima kunjungan Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Azmi Ali menerusi program Jelajah Kasih Ramadan dengan kerjasama Media Prima Berhad (MPB).

Hadir sama, penyampai berita TV3 Norliza Mohd Zain dan Ketua Biro Harian Metro Kelantan Maiamalina Mohamed Amin.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pinang itu berkata, dia juga tidak boleh berjalan jauh mahupun berdiri lama menggunaka­n kaki palsu terbabit kerana kesakitan.

Pergerakan­nya mula terbatas sejak dua tahun lalu dan terpaksa bertahan sehinggala­h

 ??  ?? ROHANI melihat keadaan kaki kanan Nor Elisha yang cacat sejak lahir
ketika ditemui di rumahnya di Kampung
Teluk Renjuna, Tumpat.
ROHANI melihat keadaan kaki kanan Nor Elisha yang cacat sejak lahir ketika ditemui di rumahnya di Kampung Teluk Renjuna, Tumpat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia