Harian Metro

Rampas dadah serbuan seminggu

-

Shah Alam: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor menumpaska­n sindiket pengedaran dadah apabila merampas sejumlah 33.4 kilogram dadah jenis ganja bernilai RM81,000 dalam beberapa serbuan di Lembah Klang.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, rampasan berkenaan adalah hasil serbuan membabitka­n kawasan di Puchong, Kajang, Gombak, Ampang dan Setapak dalam tempoh seminggu.

Menurutnya, dalam serbuan pertama pada 10 Jun lalu, pihaknya menahan seorang lelaki dan wanita berusia 30 hingga 40 tahun di Gombak, sekali gus merampas 24 kilogram dadah jenis ganja mampat.

Katanya, kedua-dua suspek tidak bekerja dan lelaki berkenaan mempunyai rekod kesalahan lampau membabitka­n kes dadah.

“JSJN turut menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dan merampas satu kilogram ganja bernilai RM2,400 dalam serbuan di Seri Kembangan pada Isnin lalu selain menyita kenderaan bernilai RM50,000 bagi membantu siasatan.

“Manakala, dalam serbuan ketiga pada hari sama, JSJN Selangor menahan enam lelaki dan seorang wanita berusia 25 hingga 30 tahun serta merampas 327 gram ganja dianggarka­n bernilai RM720,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.

Dalam serbuan terakhir, katanya, pihaknya menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia 25 hingga 30 tahun berikutan memiliki enam kilogram ganja bernilai RM15,600 pada Selasa lalu.

“Kami juga menyita dua kenderaan bernilai RM49,000 dalam serbuan itu,” katanya. Katanya, semua suspek ditahan reman untuk siasatan Seksyen 6, Seksyen 6B dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? ANTARA ganja yang dirampas dalam serbuan polis.
ANTARA ganja yang dirampas dalam serbuan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia