Harian Metro

Didakwa bunuh isteri

- Siraj@hmetro.com.my

Sungai Petani: Seorang lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati apabila dituduh di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan membunuh isterinya, bulan lalu.

Tertuduh, V Mathiyalag­an, 46, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan terhadapny­a oleh jurubahasa mahkamah.

Bagaimanap­un, dalam prosiding di hadapan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin itu, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang juga penganggur.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa membunuh R Ratna, 44, di No 626, Lorong Fairuz 3, Taman Arked, di sini, jam 12 tengah hari pada 26 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, Mathiyalag­an didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 10 Ogos depan bagi mendapatka­n laporan perubatan mangsa dan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farahheen Yahya, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebuah syarikat memproses dan mengedar sarang burung walet didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam terhadap 105 pertuduhan kerana gagal mengikut spesifikas­i Akta Kerja 1955 dan membayar gaji minimum, Mac lalu.

Tertuduh Maxim Birdnest (M) Sdn Bhd yang diwakili Pengarah Operasinya Pak Wei Chee, 29, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Maxim Birdnest berdepan 33 pertuduhan tidak mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di dalam membuat potongan gaji bagi tujuan ‘meal’ (makanan) RM200 sebulan ke atas 11 pekerja wanita warga Indonesia yang digajikan bagi Disember 2016 hingga Februari lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 24 Akta Kerja 1955 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 99A akta sama.

Syarikat itu turut menghadapi 28 pertuduhan gagal membayar kerja lebih masa kepada 10 pekerja warga Indonesia bagi Disember 2016

 Syarikat edar sarang burung walet didakwa gagal bayar gaji

dan Januari lalu mengikut Seksyen 60A(3)(a) Akta Kerja 1955.

Maxim Birdnest juga didakwa dengan 22 pertuduhan kerana gagal membayar gaji minimum kepada 11 pekerja wanita warga Indonesia yang boleh didenda RM10,000 bagi setiap pekerja mengikut Seksyen 43 Akta Majlis Perundinga­n Gaji Negara 2011.

Selain itu, syarikat terbabit didakwa masing-masing dengan 11 pertuduhan gagal memberikan slip gaji di bawah Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Kerja 1957 dan tiada syarat kontrak perkhidmat­an mengikut Seksyen Peraturan 8 Peraturan-Peraturan Kerja 1957.

Semua perbuatan itu dilakukan di No 1 Lorong Gudang Nanas 1, Jalan Pasar, di sini, pada jam 10.45 pagi 28 Mac lalu.

Sabit kesalahan, syarikat itu boleh didenda maksimum sehingga RM10,000 bagi setiap pertuduhan atau pekerja mengikut semua seksyen berkenaan.

Pendakwaan dikendalik­an

 ??  ?? WEI Chee (kanan) hadir ke Mahkamah Majistret, Klang, semalam.
WEI Chee (kanan) hadir ke Mahkamah Majistret, Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia