Harian Metro

Belum ambil keputusan

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Kementeria­n Kesihatan belum memutuskan sama ada untuk memberikan ganti rugi atau sebaliknya kepada keluarga seorang mualaf, Hassan Abdullah, 74, yang mayatnya diuruskan mengikut agama Buddha oleh Hospital Kajang, baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, buat masa ini, pihaknya meminta Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah untuk menjalanka­n siasatan rapi bagi mengenal pasti sekiranya wujud kecuaian daripada kakitangan Bilik Mayat Hospital Kajang.

Beliau berkata, sekiranya didapati kakitangan terbabit bersalah dan cuai menjalanka­n kerjanya, tindakan tatatertib akan diambil.

“Kami akui kesilapan berhubung perkara itu dan memohon maaf kepada waris individu berkenaan. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana kita sudah membuat pembaharua­n terhadap garis panduan penyerahan mayat susulan kejadian sama yang pernah berlaku di Pulau Pinang sebelum ini,” katanya dalam sidang media yang diadakan di kementeria­nnya, di sini, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan jenazah Hassan Abdullah atau nama asalnya, Lin Ah San @ Lim Ah San, diuruskan mengikut agama Buddha walaupun beliau seorang mualaf.

Hassan Abdullah adalah waris tunggal yang menganut Islam dalam keluargany­a yang ketika hayatnya menetap di sebuah Rumah Kebajikan di Kajang.

Dalam perkembang­an lain, Subramania­m berkata, agihan Dana Pembanguna­n Sosioekono­mi Masyarakat India 2017 akan dibuka untuk permohonan mulai 19 Jun hingga 18 Julai ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia