Harian Metro

‘Saya serik main mercun’

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

“Saya tidak mahu lagi main mercun, tak mahu beraya di hospital,” kata Muhammad Farish Idrus Syamsul Bahari, 11, mangsa mercun kedua di negeri ini.

Murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Kampung Belukar, di sini, nyaris buta apabila mercun bola yang ditanam di dalam pasir tiba-tiba meletup dalam kejadian jam 9 malam, Isnin lalu.

Ketika ditemui di Wad 4 Kenanga, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, semalam, anak kelima daripada tujuh beradik itu hanya menutup mukanya dengan bantal dan sukar membuka matanya.

Dia juga keberatan menceritak­an kejadian itu apabila ditanya wartawan.

Ibunya, Siti Rohaida Melan, 43, berkata, ketika kejadian dia mencuci pinggan dan mengetahui Muhammad Farish Idrus bermain mercun bersama abangnya.

“Secara tiba-tiba terdengar bunyi letupan serta bunyi pasir bertaburan di bumbung rumah, ketika itu saya fikir mungkin berpunca daripada mercun Farish.

“Saya terus bergegas ke luar dan melihat mukanya kehitaman dan menjerit memberitah­u matanya tidak dapat melihat. Saya terus membawanya masuk dan mencuci mukanya namun melihat dia tidak mampu membuka mata, saya terus membawanya ke hospital,” katanya ketika menerima lawatan Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Tugas-Tugas Khas Pahang Datuk Norol Azali Sulaiman, semalam.

Kejadian itu mencederak­an muka anaknya manakala mata kirinya sukar dibuka sepenuhnya.

Siti Rohaida berkata, Muhammad Farish memberitah­u dia bersama beberapa rakannya menanam mercun bola di dalam pasir dan menyalakan api pada sumbu mercun berkenaan namun ia tidak meletup.

“Dia kemudian menghampir­i mercun itu dan ia meletup tiba-tiba sehingga menyebabka­n pasir masuk ke dalam matanya,” katanya.

Sementara itu, Norol Azali berkata, kes berkenaan yang kedua dilaporkan di negeri ini namun keadaan mangsa tidak serius.

Justeru, beliau menasihati ibu bapa supaya peka dengan aktiviti anak masing-masing bagi mengelak kejadian sama berulang.

 Budak enggan cerita tragedi nyaris menyebabka­n dia buta

 ?? FOTO: FAZROL NASIR ?? NOROL Azali (dua dari kanan) melihat keadaan Muhammad Farish di HTAA.
FOTO: FAZROL NASIR NOROL Azali (dua dari kanan) melihat keadaan Muhammad Farish di HTAA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia