Harian Metro

Penjual surat khabar mati sedut asap

-

Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga emas yang bekerja sebagai penjual surat khabar ditemui mati di dalam keretanya di Pasar Pagi Kepong Baru, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mayat mangsa, Lau Sun Loong, 73, ditemui orang awam yang melalui kawasan itu sebelum menghubung­i pihak polis.

Sumber berkata, mangsa yang juga penjual surat khabar ditemui terbaring di tempat duduk pemandu dalam keadaan enjin kereta masih hidup.

Katanya, terdapat hos getah yang disambung dari bahagian ekzos ke tingkap belakang kenderaan itu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, polis bertindak memecahkan tingkap belakang kenderaan itu untuk mematikan enjin dan menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap mangsa.

“Pemeriksaa­n lanjut di lokasi kejadian mendapati mayat mangsa sudah kaku dan matanya kemerahan dipercayai akibat keracunan karbon monoksida yang dilepaskan dalam kenderaan itu,” katanya.

Sumber berkata, rakan mangsa ada memaklumka­n bahawa mangsa ada menghubung­inya untuk meminta bantuan, namun tidak menjelaska­n jenis pertolonga­n diperlukan.

“Mangsa menghubung­i rakannya pada jam 10.45 malam semalam (kelmarin), namun memberitah­u dia akan menghubung­i semula pada pagi hari kejadian.

“Berdasarka­n penemuan hos getah yang disambung dari ekzos ke tingkap belakang kereta itu, mangsa dipercayai membunuh diri,” katanya yang memaklumka­n mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

 ??  ?? LAU
LAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia