Harian Metro

Kerjasama 5 hospital

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

 KHUAM bakal lahir lebih ramai pakar perubatan dalam negara

Lima Hospital Pengajar Universiti menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MoA) melalui penubuhan Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia (KHUAM) bagi melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam bidang perubatan sekali gus meningkatk­an kerjasama dalam pendidikan perubatan di negara ini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata, inisiatif penubuhan KHUAM adalah langkah awal yang dapat memberikan im- pak dan manfaat kepada perkembang­an sektor penjagaan kesihatan yang disediakan Hospital Pengajar Universiti.

“Hospital Pengajar Universiti bukan saja dilihat sebagai penyampai perkhidmat­an penjagaan kesihatan, pusat melahirkan pakar dan pencetus kepada usaha inovasi dalam bidang sains kesihatan dan perubatan.

“Sebagai langkah permulaan, lima hospital pengajar universiti memeterai MoA bagi menjalin kerjasama dalam melaksanak­an prinsip kesepunyaa­n dan keserakana­n. Bagaimanap­un, enam universiti lain yang menawarkan program perubatan yang belum mempunyai hospital pengajar turut menandatan­gani Aku Janji sebagai tanda sokongan,” katanya pada sidang media selepas menyaksika­n Majlis MoA dan Aku janji KHUAM di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kementeria­n Pengajian Tinggi Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir.

Lima Hospital Pengajar Universiti yang terbabit adalah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (PPUIAM) dan Hospital Pengajar Universiti Teknologi MARA (HPUiTM). Manakala, enam universiti yang memeterai Aku Janji ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Idris berkata, penubuhan konsortium akan menjadi platform di peringkat na- sional bagi menyelaras secara bersepadu dan bersifat lebih agresif terutama dalam usaha menambahba­ik perkhidmat­an penjagaan kesihatan yang bertaraf global dan penjenamaa­n semula Hospital Pengajar Universiti.

“Malah, ia dapat memberi manfaat dalam penerokaan bidang baru seperti pelanconga­n kesihatan, perkongsia­n sumber, penyelaras­an data pesakit dan peningkata­n kepakaran.

“Selain itu, ia mampu memberi 15 peratus penjimatan kepada pembelian ubatan dan peralatan perubatan serta peningkata­n kapasiti penyertaan pakar perubatan sebanyak lima hingga 10 peratus melalui program mobiliti,” katanya.

Menurutnya, kerjasama itu juga mampu menjana pendapatan sehingga lima peratus melalui aktiviti perlindung­an insurans kesihatan atau pelanconga­n kesihatan.

 ??  ?? IDRIS (tengah) memegang dokumen perjanjian yang dimeterai lima hospital pengajar universiti selepas menyaksika­n Majlis MOU dan Aku Janji Konsortium Hospital Universiti Awam di Kementeria­n Pengajian Tinggi, Putrajaya.
IDRIS (tengah) memegang dokumen perjanjian yang dimeterai lima hospital pengajar universiti selepas menyaksika­n Majlis MOU dan Aku Janji Konsortium Hospital Universiti Awam di Kementeria­n Pengajian Tinggi, Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia