Harian Metro

PERSIAPAN AKHIR

- Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

Draf Polisi Nasional berkaitan Industri 4.0 akan dibentangk­an kepada Kabinet sebelum penghujung tahun ini dengan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) akan mengetuai jawatankua­sa kerja pembanguna­n draf berkenaan.

Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, setakat ini pihaknya masih menjalanka­n sesi penerangan dan perbincang­an dengan agensi berkaitan selain turut mendapat penyertaan dari sektor swasta.

“Kita perlu membuat lebih banyak sesi penerangan untuk memberi pendedahan berkaitan Industri 4.0 ini supaya pemahaman mengenainy­a dapat disampaika­n dengan lebih baik,” katanya selepas taklimat berkaitan Industri 4.0 bersama kakitangan awam, di sini, semalam.

Menurutnya, setakat ini kebanyakan agensi kerajaan memainkan peranan masing-masing dalam menyebarka­n maklumat berkaitan Industri 4.0, namun ia perlu dilakukan secara tersusun.

“Setiap agensi mempunyai perancanga­n tersendiri dan MITI berasakan ia perlu diselarask­an. Maka, jawatankua­sa kerja ini akan memainkan peranan untuk memastikan semua perancanga­n dapat dilaksanak­an di bawah satu jawatankua­sa supaya ia dapat dijalankan dengan lebih mudah,” katanya.

Di bawah jawatankua­sa berkenaan, terdapat lima kumpulan kerja berbeza iaitu berkaitan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pembanguna­n bakat dan sumber manusia, insentif, infrastruk­tur dan teknologi.

Beliau berkata, kementeria­n akan memberi tumpuan kepada pemain PKS kerana perubahan yang berlaku dalam Industri 4.0 memberi kesan besar kepada kelompok

Draf Polisi Nasional berkaitan Industri 4.0 dibentangk­an kepada Kabinet hujung tahun

terbabit.

“Jika mereka tidak mempersiap­kan diri, kemungkina­n ada syarikat PKS yang ketinggala­n kerana tidak faham kepentinga­n revolusi ini.

“Kita mahu mereka terus berdaya saing dan kementeria­n akan mengadakan lebih banyak sesi taklimat dan penerangan kepada PKS tempatan selepas ini,” katanya.

Menurutnya, kerajaan tidak terlalu bimbangkan syarikat berstatus multinasio­nal kerana mereka sudah bersedia dengan revolusi Industri 4.0.

“Untuk syarikat berstatus multinasio­nal, mereka sememangny­a perlu melengkapk­an organisasi dan operasi mengikut keperluan Industri 4.0 kerana saingan mereka adalah daripada syarikat lain yang sememangny­a sudah bergerak kepada revolusi ini beberapa tahun lalu,” katanya.

 ??  ?? MUSTAPA (kanan) ketika melawat pameran selepas merasmikan Industry Seminar 4.0 di Menara MITI, semalam.
MUSTAPA (kanan) ketika melawat pameran selepas merasmikan Industry Seminar 4.0 di Menara MITI, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia