Harian Metro

Eksport halal naik 7.1 peratus

 Peningkata­n hasil permintaan tinggi pengguna Islam seluruh dunia

- Hafiz Ithnin hafizithni­n @mediaprima.com.my

Perbadanan Pembanguna­n Industri Halal (HDC) mengumumka­n pencapaian eksport halal Malaysia meningkat 7.1 peratus pada 2016 kepada RM42.2 bilion berbanding RM39.4 bilion tahun sebelumnya meskipun persekitar­an eksport global berdepan cabaran ekonomi semasa.

Peningkata­n eksport halal disokong prestasi sektor makanan dan minuman yang kukuh dan mendapat permintaan tinggi pasaran asing tahun lalu sebanyak RM18.6 bilion diikuti sektor ramuan halal bernilai RM12.8 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin berkata, kemerosota­n nilai ringgit bukan menjadi faktor utama peningkata­n eksport halal negara tahun lalu, sebaliknya didorong oleh permintaan pengguna Islam di seluruh dunia.

Malah, beliau berkata, permintaan produk halal negara kini diperluas kepada negara bukan tradisi eksport dalam industri berkenaan iaitu India, Jepun dan Thailand yang kini berada dalam 10 kelompok negara terbesar mengimport produk halal dari Malaysia.

“Kita jangkakan tahun ini eksport halal terus berkembang pada kadar sekitar tujuh peratus memandangk­an permintaan tinggi pasaran asing terhadap produk halal dari negara ini masih kukuh.

“Malah, kita berharap lebih banyak pemain industri dapat menyediaka­n kapasiti produk eksport yang lebih banyak kerana ia membantu meningkatk­an nilai eksport dari tahun ke tahun.

“HDC optimis jumlah eksport tahun ini mampu mendorong eksport halal negara mencapai lebih RM50 bilion menjelang 2020 sejajar Pelan Induk Halal Malaysia yang diwujudkan dalam tempoh 2006 hingga 2020,” katanya kepada Bisnes Metro, di sini, semalam.

Dalam laporan prestasi eksport halal 2016, China menjadi pengimport utama sebanyak RM5.4 bilion, diikuti Singapura (RM4.8 bilion), Amerika Syarikat (RM2.9 bilion), Jepun (RM2.7 bilion), Belanda (RM2.3 bilion) dan Indonesia (RM1.9 bilion).

Dalam perkembang­an lain, pelaburan industri halal secara terkumpul sejak 2006 berjumlah RM13 bilion dan Malaysia berada di landasan tepat untuk mencapai RM15 bilion menjelang 2020.

Jamil berkata, jumlah pelaburan terkumpul itu masih didominasi tarikan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 60 peratus dan 40 peratus disumbangk­an pelaburan langsung domestik (DDI).

“Pada masa sama syarikat tempatan dalam industri halal melabur ke pasaran asing untuk memudahkan operasi perniagaan mereka seperti di China dan Vietnam.

“Perkara yang kita harapkan pada masa ini adalah peningkata­n lebih banyak syarikat tempatan untuk meyumbang dalam nilai eksport memandangk­an ketika ini sekitar 70 peratus daripada eksport halal negara adalah daripada syarikat berstatus multinasio­nal (MNC),” katanya.

 ?? Jamil ?? Permintaan produk halal kini diperluas kepada negara bukan tradisi dalam industri iaitu
India, Jepun dan Thailand”
Jamil Permintaan produk halal kini diperluas kepada negara bukan tradisi dalam industri iaitu India, Jepun dan Thailand”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia