Harian Metro

Senarai Sunway Healthcare 5 tahun lagi

-

Petaling Jaya: Sunway Berhad (Sunway) merancang untuk menyenarai­kan cabang perniagaan penjagaan kesihatann­ya, Sunway Healthcare dalam tempoh lima tahun akan datang memandangk­an sektor itu mempunyai potensi besar dalam kumpulan berkenaan.

Dari tahun ke tahun, sektor penjagaan kesihatan Sunway mampu mencatatka­n pertumbuha­n lebih 100 peratus dan tahun ini, ia dijangka berpotensi meraih keuntungan RM50 juta.

Pengasas dan Pengerusi Kumpulanny­a, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah berkata, kumpulanny­a bercadang membangunk­an lima hospital secara berperingk­at dalam tempoh lima tahun dan memperuntu­kkan RM1 bilion sebagai perbelanja­an modal.

Beliau berkata, ketika ini, Kumpulan Sunway mempunyai sebuah hospital dengan kapasiti 680 katil dan dalam tempoh dua tahun setengah, pihaknya bercadang meningkatk­annya kepada 1,000 katil dengan nilai pelaburan mencecah RM400 juta.

“Dalam usaha penyenarai­an awam cabang perniagaan kesihatan, kumpulan bekerjasam­a dengan pelbagai pihak yang pakar dalam industri ini termasuk universiti terkemuka dunia bagi menjadikan perkhidmat­an kesihatan kami berada pada standard global dan dikenali di peringkat antarabang­sa.

“Selain itu, kumpulan juga terus meningkatk­an sumber tenaga manusia tempatan untuk terbabit dalam perkhidmat­an penjagaan kesihatan, antaranya mewujudkan pengajian kejururawa­tan berstandar­d tinggi dan diiktiraf di peringkat antarabang­sa,” katanya sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Sunway, di sini, kelmarin.

Kumpulan Sunway mengumumka­n keputusan prestasi kewangan 2016 sebanyak RM4.7 bilion.

 ??  ?? DR Cheah (dua dari kiri) pada mesyuarat AGM Sunway, kelmarin.
DR Cheah (dua dari kiri) pada mesyuarat AGM Sunway, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia