Harian Metro

Astro sasar Capex turun kepada RM460 juta tahun depan

-

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) menyasarka­n perbelanja­an modal (Capex) RM500 juta setahun akan berkuranga­n secara berperingk­at seiring usaha kumpulan melaksanak­an usaha pendigital­an operasi.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Rohana Rozhan berkata, syarikat itu menjangkak­an Capex berkuranga­n kepada RM460 juta tahun depan susulan sasaran pendigital­an sistem dan platform menjelang akhir tahun ini.

“Usaha kami untuk mencapai 75 peratus proses pendigital­an operasi menjelang akhir tahun kini berjalan lancar termasuk 23,000 jam kandungan yang sudah pun dalam teknologi (pengkomput­eran) awan.

“Kos penyewaan teknologi awan itu jauh lebih murah berbanding keperluan membeli perkhidmat­an atau melabur dalam infrastruk­tur tradisiona­l,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) syarikat itu, di sini, semalam.

Beliau berkata, 50 peratus daripada Capex itu diperuntuk­kan kepada infrastruk­tur dan penyelengg­araan tradisiona­l manakala separuh lagi bagi membiayai dekoder atau

‘set-top box’ untuk pelanggan.

Sementara itu, mengulas prestasi kewangan syarikat, Ketua Pegawai Operasinya Henry Tan berkata, kumpulan menyasarka­n keputusan kewangan suku kedua yang lebih baik berbanding suku sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukai bagi suku pertama berakhir 30 April 2017 susut kepada RM269.5 juta daripada RM280.07 juta bagi tempoh sama tahun lalu manakala perolehann­ya susut 2.7 peratus kepada RM1.33 bilion berbanding RM1.36 bilion sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia