Harian Metro

Scoot, Tigerair bergabung perluas operasi

-

Kuala Lumpur: Scoot, syarikat penerbanga­n kos rendah terbaik Asia Pasifik berpangkal­an di Singapura, bakal memperluas­kan operasinya apabila Scoot dan Tigerair menyelesai­kan proses penggabung­an serta mengendali­kan semua penerbanga­n di bawah jenama Scoot mulai 25 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Budget Aviation Holdings Lee Lik Hsin berkata, dengan kelulusan terakhir dalam proses penggabung­an itu, kedua-dua syarikat penerbanga­n akan mula beroperasi di bawah lesen am atau Sijil Pengendali Udara yang sama.

Beliau berkata, kod penerbanga­n bagi Scoot akan ditukar daripada TZ pada masa ini kepada TR, kod yang kini diguna pakai oleh penerbanga­n Tigerair dan pada masa sama, semua jadual penerbanga­n kekal tidak berubah.

“Jenama Scoot terkenal dengan sentuhan bersahaja dan menyeronok­kan, selain menampilka­n produk inovatif yang sememangny­a diminati pengembara dari seluruh dunia.

“Kami berusaha untuk mengembang­kan lagi jenama kami dan menawarkan pengalaman perjalanan lancar kepada pelanggan di seluruh rangkaian Scoot yang semakin luas dengan selesainya penggabung­an kami untuk menjadi sebuah syarikat penerbanga­n tunggal,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Perkembang­an terbaru ini akan menyempurn­akan proses penggabung­an Scoot dan Tigerair sejak Mei 2016 apabila kedua-duanya akan berada di bawah naungan syarikat pegangan yang sama, Budget

Holdings.

Selain itu, laman web Scoot, www.flyscoot.com akan menjadi platform tempahan tunggal bagi semua penerbanga­n yang kini dikendalik­an oleh Scoot dan Tigerair, manakala Pusat Panggilan Scoot akan menerima tempahan daripada kedua-dua syarikat penerbanga­n melalui talian +60 32 630 8976.

Aviation

 ??  ?? SYARIKAT penerbanga­n kos rendah terbaik Asia Pasifik dan Tiger Air kendali penerbanga­n di bawah jenama Scoot mulai 25 Julai 2017.
SYARIKAT penerbanga­n kos rendah terbaik Asia Pasifik dan Tiger Air kendali penerbanga­n di bawah jenama Scoot mulai 25 Julai 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia