Harian Metro

Ajinomoto penaja emas SEAPHN

-

Ajinomoto (Malaysia) Berhad (Ajinomoto), terus komited menjadi penaja untuk pelbagai acara kepentinga­n awam utama yang berlangsun­g di negara ini.

Terbaru, Ajinomoto menjadi penaja emas Persidanga­n Nutrisi Kesihatan Awam Asia Tenggara (SEAPHN) yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur bertujuan mengumpulk­an pelbagai pihak berkepenti­ngan segmen berkenaan di rantau ini.

Sebagai penaja, Ajinomoto mengambil inisiatif membawa penceramah jemputan dari Makmal Penyelidik­an Frontier, Institut Inovasi Jepun Dr Yoshio Kawahara bagi membentang­kan topik berkaitan asid amino dan otot yang sihat.

Kawahara berkongsi pandangan mengenai fungsi asid amino dalam badan manusia seperti memulihkan keletihan dan sakit otot selepas bersenam, mempromosi­kan sintesis protein, menguatkan fungsi hati serta kelebihann­ya sebagai komponen umami.

Kumpulan Ajinomoto juga berkembang melalui penggunaan cekap asid glutamik dan asid amino yang lain bagi menghasilk­an produk AJI-NO-MOTO, perencah umami untuk makanan, Amino Vital untuk sukan serta beberapa produk asid amino yang lain.

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr Tee E Siong berkata, persidanga­n itu mencatatka­n kadar penyertaan menggalakk­an dengan penyertaan 500 perwakilan dan 44 penceramah jemputan dari 23 negara.

Selain itu, Ajinomoto Co Inc turut menyokong secara aktif program pembanguna­n sukan dan atlet melalui keistimewa­annya dalam kemajuan sains yang berkaitan dengan asid amino.

Kumpulan Ajinomoto menjadi penaja platinum Sukan SEA edisi ke-29 dan Sukan Para ASEAN edisi ke-9 yang turut bakal berlangsun­g di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia