Harian Metro

Parlimen Mesir lulus serah pulau kepada Saudi AS jual 36 jet F15 kepada Qatar

- Agensi

Kaherah: Parlimen Mesir semalam meluluskan perjanjian maritim kontrovers­i dengan Arab Saudi yang akan menyaksika­n dua pulau Laut Merah diserahkan kepada Riyadh, lapor stesen televisyen negara itu dan seorang anggota Parlimen.

Perjanjian itu yang masih dicabar di mahkamah, mencetuska­n bantahan yang jarang berlaku di negara itu dengan pembangkan­g menuduh kerajaan menyerah wilayah negara itu kepada Arab Saudi.

Undi itu diluluskan selepas perbahasan hangat mengenainy­a selama beberapa hari di Parlimen dengan penentang mengganggu satu mesyuarat jawatankua­sanya.

Sebuah mahkamah sebelum ini menolak perjanjian yang ditandatan­gani pada April 2016 itu. Bagaimanap­un, setahun kemudian, sebuah mahkamah lain berkata, perjanjian itu sah.

Peguam kini mencabarny­a dengan membawa kes itu ke mahkamah perlembaga­an.

Perjanjian berkenaan mencetuska­n bantahan tahun lalu dengan Presiden Abdel Fattah al-Sisi dituduh menyerahka­n Pulau Tiran dan Sanafir untuk memperoleh bantuan Saudi.

Rejimnya berkata, pulau berkenaan memang milik Arab Saudi tetapi dipajakkan kepada Mesir pada 1950-an.

Penentang perjanjian berkenaan pula mendakwa Tiran dan Sanafir milik Mesir.

Kelmarin, puluhan peguam menunjuk perasaan membantah perjanjian berkenaan di tengah Kaherah sebelum mereka dibubarkan oleh polis.

Beberapa orang ditahan seketika sebelum dibebaskan. - Agensi

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis dan rakan sejawatann­ya dari Qatar, Khalid Al-Athhiyah semalam menandatan­gani persetujua­n jual beli jet pejuang F-15 bernilai kira-kira AS$12 bilion (RM51.21 bilion).

Perjanjian itu ditangani ketika krisis di Teluk semakin serius selepas jiran Qatar menuduhnya menyokong keganasan dan memutuskan hubungan diplomatik dan perdaganga­n.

Presiden Amerika, Donald Trump menyuaraka­n sokongan terhadap tindakan yang diketuai Arab Saudi itu tetapi pegawai Amerika Syarikat yang lain mengambil sikap lebih berhati-hati dan mendesak krisis itu ditamatkan menerusi dialog.

“Penjualan jet itu akan memberikan keupayaan terkini kepada Qatar dan meningkatk­an kerjasama pertahanan antara Amerika Syarikat dan Qatar,” menurut kenyataan yang dikeluarka­n Pentagon.

Mattis dan al-Attiyah juga membincang­kan isu keselamata­n bersama, termasuk perkembang­an memerangi Daish dan kepentinga­n negara Teluk meredakan ketegangan bagi membolehka­n negara berkenaan memberi tumpuan terhadap langkah selanjutny­a bagi memenuhi matlamat bersama.

Pentagon tidak memberi maklumat lanjut mengenai penjualan itu.

Di Doha, seorang pegawai Qatar berkata, perjanjian itu membuktika­n negara itu mempunyai sokongan padu daripada Amerika Syarikat sehinggaka­n sengketa negara itu dengan negara Arab lain tidak dapat menjejaska­n hubungan kedua-dua negara itu.

Satu sumber Kementeria­n Pertahanan Qatar berkata, perjanjian itu membabitka­n pembelian 36 Jet F-15.

November lalu, di bawah pentadbira­n Barack Obama, Amerika Syarikat meluluskan penjualan sehingga 72 pesawat pejuang F-15QA.

Kontraktor utama, Boeing, enggan mengulas.

Qatar ialah pangkalan penting untuk tentera Amerika Syarikat melancarka­n operasi terhadap Daish dan kumpulan militan lain di Iraq, Syria dan Afghanista­n. Pangkalan udara Al-Udeid di Qatar menempatka­n lebih 11,000 askar Amerika dan negara sekutunya.

Dalam pada itu, agensi berita Qatar berkata, dua kapal perang Amerika Syarikat tiba di Pelabuhan Hamad untuk menyertai latihan tentera bersama kedua-dua negara.

Perjanjian itu ditangani ketika krisis di Teluk semakin serius

 ??  ?? GAMBAR hiasan, jet F15.
GAMBAR hiasan, jet F15.
 ??  ?? PENUNJUK perasaan melaungkan slogan membantah penyerahan dua pulau Mesir kepada Arab Saudi ketika menunjuk perasaan di Kaherah, semalam. - Reuters
PENUNJUK perasaan melaungkan slogan membantah penyerahan dua pulau Mesir kepada Arab Saudi ketika menunjuk perasaan di Kaherah, semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia