Harian Metro

Kami tak gentar!

 Sukri gesa Malaysian Tigers usah menyerah kalah, beri tentangan sengit kepada Argentina awal pagi esok

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Misi skuad negara untuk layak ke Piala Dunia 2018 bermula dengan pertemuan menentang pasukan ranking pertama dunia Argentina pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan A Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London awal pagi esok.

Di atas kertas, segala-galanya dilihat memihak kepada lawan yang masih segar memenangi emas Olimpik Rio, tahun lalu dengan menewaskan Belgium.

Malaysian Tigers gagal layak beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu dan ketika ini menduduki ranking ke-14.

Namun bagi kapten skuad negara Mohammad Sukri Abdul Mutalib tiada erti menyerlah lebih awal, sebaliknya dia serta rakan sepasukan akan tetap berusaha memberi saingan sengit kepada lawan mereka itu.

“Saya tidak pasti apa sasaran jurulatih tapi secara peribadi kalau boleh kami mahu mencuri satu mata daripada perlawanan pertama ini.

“Keputusan seri sudah memadai berbanding tidak meraih sebarang mata,” katanya.

Jelas Sukri, perlawanan pertama itu cukup penting untuk meningkatk­an moral setiap pemain bagi menghadapi cabaran seterusnya.

“Apa saja kejohanan, perlawanan pertama itu cukup penting. Jika kami dapat bermula dengan baik, ia akan dapat membantu meningkatk­an momentum permainan setiap pemain,” katanya.

Selepas Argentina, skuad bimbingan Stephen Van Huizen berdepan satu lagi tugas getir di peringkat kumpulan apabila bakal bertemu England, Ahad ini.

 ??  ?? SUKRI mahu rakan usah pandang tinggi ranking Argentina. VAN Huizen (tengah) memberi arahan kepada pemain.
SUKRI mahu rakan usah pandang tinggi ranking Argentina. VAN Huizen (tengah) memberi arahan kepada pemain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia