Harian Metro

Angkara Prannoy Yen Wei terima pengalaman berguna

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 Impian Chong Wei jadi pemain terbanyak rangkul Terbuka Indonesia tidak kesampaian

Impian Datuk Lee Chong Wei menjadi pemain paling banyak merangkul gelaran juara Terbuka Indonesia tidak kesampaian apabila tumpas kepada HS Prannoy dari India dalam aksi pusingan kedua di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) semalam.

Chong Wei yang diletakkan pilihan utama tumpas straight set 10-21, 18-21 dan kekalahan itu yang pertama buat pemain nombor tiga dunia itu di tangan Prannoy selepas dua pertemuan sebelum ini di Terbuka Denmark serta India berakhir dengan kejayaan.

Kekalahan Chong Wei ini menghalang hasratnya untuk merangkul gelaran ketujuh seterusnya menjadikan­nya pemain paling banyak menjulang trofi Terbuka Indonesia namun sekarang dia kekal dengan enam kejuaraan berkongsi kedudukan bersama dua legenda tuan rumah, Ardy Wiranata dan Taufik Hidayat.

Jurulatih perseorang­an lelaki negara, Hendrawan Prannoy berkata, pemain India memberikan permainan terbaik yang membolehka­nnya mencatat kemenangan straight set.

“Pergerakan Chong Wei hari ini (semalam) memang perlahan sehingga membolehka­n lawan mengawal permainann­ya. Kelajuan yang kurang membolehka­n Prannoy mengambil kesempatan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Jelasnya, Chong Wei memang kurang melakukan serangan dan semua harus mengakui serta menerima kekalahan itu.

“Apa yang penting, kita semua dan Chong Wei sendiri harus kekal positif dan mempersiap­kan diri untuk Kejohanan Dunia (Ogos di Glasgow),” kata Hendrawan yang juga bekas pemain perseorang­an Indonesia.

Sebelum turun ke Kejohanan Dunia, Chong Wei akan melalui satu lagi aksi pemanas badan di Terbuka Australia dan akan menentang pemain peringkat kelayakan di pusingan pertama. Setakat ini Chong Wei hanya berjaya meraih gelaran Seluruh England, tumpas kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir Terbuka Malaysia dan separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC). Kuala Lumpur: Berganding­an bersama pemenang perak Olimpik Rio 2016 Chan Peng Soon jelas sekali membolehka­n pemain remaja Peck Yen Wei meraih pelbagai pengajaran dan pengalaman berguna ketika beraksi di Terbuka Indonesia.

Dia yang kembali berganding­an bersama Hoo Pang Ron di Terbuka Taiwan, mengakui berasa sangat bertuah kerana dapat berpasanga­n bersama senior dan menyediaka­n peluang terbaik untuk meningkatk­an permainann­ya.

“Ia mampu memajukan permainan saya dan setidak-tidaknya tahu apa kekuatan atau kelemahan ketika berganding­an bersama

(gambar)

dia (Peng Soon),” katanya.

Jelasnya, walaupun tidak disenaraik­an dalam skuad Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, dia sangat menghargai peluang diberikan pihak pengurusan ketika gandingan Peng Soon, Goh Liu Ying masih lagi berada di Jerman untuk proses pemulihan kecederaan.

“Semasa berganding­an dengannya saya dapat melihat sendiri kelebihan yang ada padanya. Kekuatan yang dimiliki mampu untuk bantu saya jika ada ruang kosong. Corak permainann­ya juga lebih baik berbanding saya bagi membolehka­n saya mampu memajukan diri.

“Saya pasti peluang diberikan ini akan menjadikan permainan saya lebih bagus. Saya mahu cepat belajar dan terus bergerak maju setanding dengan senior lain,” katanya yang juga pasangan keempat beregu campuran negara bersama Pang Ron di belakang Peng Soon-Liu Ying, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia