Harian Metro

Skuad ragbi wanita dikejutkan gempa bumi

-

Kuala Lumpur: Persiapan skuad ragbi tujuh sebelah wanita kebangsaan yang kini berada di Ranau, Sabah sedikit teruji apabila kawasan itu dilanda gempa bumi lemah berukuran 3.0 skala Richter semalam.

Ketua jurulatih kebangsaan, Nik Safuan Ismade Nik Man berkata gegaran itu berlaku ketika anak buahnya sedang bersedia untuk berbuka puasa selepas tamat menjalani sesi latihan pada sebelah petang.

“Memang ada rasa gegaran itu ketika kami sedang bersiap untuk berbuka tapi tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Mereka (atlet) semua dalam keadaan baik dan hari ini kami menjalani latihan seperti biasa di sebelah pagi,” katanya sambil menyifatka­n prestasi anak buahnya sedang meningkat selepas memasuki hari ketiga menjalani latihan di sana.

Jabatan Meteorolog­i Malaysia dalam satu kenyataan dikeluarka­n semalam mengesahka­n kejadian gempa lemah itu. Sementara itu, Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata pihaknya akan berbincang mengenai perkara itu sebelum membuat sebarang keputusan termasuk kemungkina­n memanggil skuad berkenaan pulang ke Kuala Lumpur.

“Saya akan menilai dulu laporan pengurus pasukan mengenai gegaran ini sebelum memutuskan tindakan yang perlu diambil. Keselamata­n pemain dan pegawai keutamaan kami dan kita tidak akan mengambil sebarang risiko,” tegas beliau. Skuad negara yang kini berada dalam fasa ketiga Program Kita Juara 2017 sedang giat menjalani latihan beraltitud tinggi selama 10 hari bermula Isnin lalu sebagai persediaan menghadapi temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur Ogos ini. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia