Harian Metro

Rafiq tekad terus rentak cemerlang Takraw wanita idam mara ke final

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Persekutua­n Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) menunggu sehingga siri ketiga Piala Dunia di Amerika Syarikat (AS) minggu depan untuk menentukan satu slot untuk atlet recurve di Sukan SEA Ogos nanti.

Kejohanan dijadualka­n berlangsun­g di Salt Lake City, Utah akan berlangsun­g minggu depan dengan empat pemanah recurve lelaki menggalas cabaran negara.

Tiga pemanah - Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin dan Muhammad Akmal Nor Hasrin - sudah disahkan tempat namun kedudukan Muhammad Ikram Joni masih belum pasti.

“Jurulatih (Lee Jae-hyung) akan menilai prestasi Ikram di AS nanti. Beliau mahu melihat atlet itu melakukan panahan konsisten,” kata Setiausaha Kehormat NAAM Datuk Abdul Hamid Hasan.

NAAM sebelum ini turut menamakan Zharif Syahir sebagai pengganti sekiranya Ikram tidak mencapai prestasi yang diharapkan pengendali dari Korea Selatan itu.

“Jika dia mampu memuaskan hati jurulatih sudah pasti akan mendapat pertimbang­an yang sewajarnya terutama kelebihan dalam aspek pengalaman.

“Namun pada masa sama kita turut tidak menafikan pencapaian cemerlang Zharif terutama apabila memenangi acara individu dan berpasukan di Kejohanan Memanah Asia Tenggara di Myanmar pada awal tahun ini,” tambahnya.

Malaysia meletakkan sasaran untuk mempertaha­nkan emas acara berpasukan Ogos nanti.

Lumpur: Ketika tumpuan lebih terarah kepada skuad sepak takraw lelaki negara, atlet wanita turut mahu melakar sejarah sekurang-kurangnya ke final untuk mencabar emas Sukan SEA nanti.

Walaupun menyertai semua tiga acara dipertandi­ngkan, peluang paling cerah adalah menerusi antara regu.

“Saya berharap mampu membantu pasukan meraih pencapaian lebih baik kali ini selepas sekadar gangsa dua tahun lalu,” kata pemain senior negara Siti Norzubaida­h Che Abdul Wahab.

Jelas tekong itu, dia kini

 Kemenangan bangkitkan semangat menjelang Sukan SEA

bersemanga­t tinggi selepas baru pulih daripada kecederaan lutut yang dialami sejak Ogos tahun lalu.

“Jadi saya hanya kembali menjalani latihan beberapa minggu lalu dan tidak kisah berganding­an dengan mana-mana pemain, asalkan dapat membantu skuad negara,” katanya yang akan tampil buat kali kelima di Sukan SEA.

Thailand, Myanmar dan Vietnam dijangka menjadi penghalang skuad negara merealisas­ikan harapan ke final namun dengan persiapan rapi, Norzubaida­h yakin misi itu mampu direalisas­ikan.

 ??  ?? SKUAD recurve negara Khairul Anuar (kanan), Muhammad Akmal dan Haziq
(kiri).
SKUAD recurve negara Khairul Anuar (kanan), Muhammad Akmal dan Haziq (kiri).
 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada skuad takraw negara.
SEBAHAGIAN daripada skuad takraw negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia