Harian Metro

Korea Selatan pecat Stielike ‘TAK SANGKA CEPAT SENSASI’

- AFP

Seoul: Korea Selatan memecat jurulatih Uli Stielike semalam selepas kekalahan mengejut kepada Qatar menjejaska­n kempen mereka pada kelayakan Piala Dunia.

Stielike dari Jerman, yang mengendali­kan pasukan itu sejak 2014, menerima padahnya kerana beberapa keputusan buruk termasuk tewas kepada China dan Iran pada aksi kelayakan.

Kekalahan 2-3 Selasa lalu adalah yang pertama buat Korea Selatan di tangan Qatar dalam tempoh 32 tahun dan menyebabka­n mereka mungkin ter-

Paris

Pada usia hanya 18 tahun, Kylian Mbappe adalah pemain bola sepak paling hangat dan pemain sensasi Perancis itu mengakui dia terkejut dengan kepantasan­nya bergelar bintang.

“Saya sering mempunyai imaginasi ketika kecil, jadi saya tidak akan katakan saya tidak pernah mengimpika­nnya,” kata Mbappe apabila ditanya jika dia menjangkak­an akan memenangi kejuaraan liga dan menjadi pemain kebangsaan pada usia yang amat muda.

“Saya membayangk­an untuk berjaya dalam pembabitan awal, tapi saya tidak fikir ia akan berlaku terlalu cepat.

“Sudah tentu saya seringkali percaya. Pemain yang berjaya dalam karier mereka adalah orang yang percaya kepada diri sendiri.”

Dianggap sebagai Thierry Henry baru, Mbappe melakukan penampilan sulung dalam liga utama bersama AS Monaco pada Disember 2015 ketika masih berusia 16 tahun, namun dalam enam bulan terakhir dia muncul daripada seorang pemain yang mempunyai harapan besar kepada seorang bintang besar di Eropah.

Dia menjaringk­an 15 gol bagi membantu Monaco memenangi kejuaraan pertama Perancis sejak 2000 dan meraih cap pertamanya bersama Perancis pada Mac lalu.

Dia kini dikaitkan dengan perpindaha­n termahal ke salah satu pasukan gergasi benua itu pada musim panas ini dengan Real Madrid mendahului pemburuan di samping Arsenal, Liverpool dan kedua-dua kelab Manchester.

Selasa lalu, dia meraih penampilan keempat buat Les Bleus, menyinar ketika menang 3-2 ke atas England pada aksi persahabat­an di depan lebih 80,000 penyokong di Stade de France.

“Saya tidak kisah orang

mengharapk­an yang lebih daripada saya. Ketika kecil saya mempunyai idola dan pemain bola sepak adalah idola.

“Anda meletakkan mereka di satu tempat yang mana mereka tidak boleh melakukan sebarang kesilapan. Itulah cabarannya tapi ia juga menarik kerana ia memberi peluang kami terus belajar selain memastikan kami terus menjadi contoh teladan yang baik kepada generasi muda.”

 Mbappe terkejut terlalu pantas bergelar bintang, jadi buruan kelab ternama dunia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia