Harian Metro

Beri peluang ‘taring’ muda

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

 Vingada perlu berani guna pemain muda bagi keseimbang­an dalam pasukan

Kekalahan Harimau Malaya 1-2 kepada Lubnan Selasa lalu memberikan petanda laluan sukar bakal dihadapi anak buah Nelo Vingada dalam melepasi halangan Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019.

Mereka tiada pilihan selain memastikan tiga mata diraih apabila berdepan Hong Kong pada aksi kedua di Larkin, 5 September ini, untuk kembali bersaing.

Bagaimanap­un untuk melakukann­ya, perubahan perlu dilakukan dengan barisan pemain skuad kebangsaan.

Pensyarah

Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam Mohd Sadek Mustafa berkata, Vingada perlu berani mempertaru­hkan pemain muda dan kurang pengalaman bagi menyuntik keseimbang­an dalam pasukan.

“Kita memerlukan pemain bertenaga dan pantas dalam permainan. Kita boleh lihat bagaimana pemain gagal memberikan tentangan sehingga akhir permainan. Tahap kecergasan pemain tidak mencapai tahap antarabang­sa.

“Semua orang bermula tanpa pengalaman, jika pemain muda tidak diberi peluang, sampai bila Aziz Yeop Jamaluddin.

Beliau ialah tokoh ketiga bola sepak Perak meninggal dunia dalam tempoh seminggu.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden PAFA dan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar serta bekas jurulatih kebangsaan dan Perak Karl Heinz Weigang meninggal dunia pada 9 Jun dan 13 Jun lalu.

Arwah dimasukkan ke hospital pagi Isnin kerana mengalami cirit-birit serta muntah dan kemudian mengalami pelbagai komplikasi berkaitan jantung dan darah.

Jamil ialah Presiden KPBP sejak 1998, sama ketika zaman kegemilang­an bola sepak Perak di bawah kendalian arwah Raja Ahmad Zainuddin dan mendiang Weigang. mereka akan ada pengalaman.

“Jika mereka tidak ada pengalaman, itu peranan jurulatih berpengala­man untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka.

“Perubahan perlu dilakukan dalam pasukan. Saya melihat kekalahan kepada Lubnan menyebabka­n peluang kita untuk layak kini 40-60.

“Tiada pilihan selain menang ke atas Hong Kong dengan jaringan selesa misalnya 3-0 kerana perbezaan jaringan amat penting dalam kelayakan ini,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan Vingada percaya pasukannya akan lebih baik jika terus dikekalkan namun tidak menolak untuk membawa masuk muka baru bagi memantapka­n pasukan.

Kekalahan itu menyaksika­n Malaysia di tangga tercorot tanpa sebarang mata selepas satu perlawanan manakala Lubnan yang sudah beraksi dua perlawanan mendahului dengan enam mata diikuti Korea Utara dan Hong Kong, satu mata.

Dalam aksi menentang Lubnan di Larkin, Vingada yang sempat dua minggu mengendali­kan pasukan menyaksika­n anak buahnya gagal menyekat kebangkita­n saat akhir pasukan pelawat selepas mendahului babak pertama.

“Untuk bermain di pentas antarabang­sa, pemain perlu berlari kira-kira 10 hingga 11 kilometer sepanjang tempoh 90 minit. Tapi pemain kita sudah ada kekejangan otot dan keletihan sedangkan pemain Lubnan semakin agresif di akhir permainan.

“Mungkin disebabkan pemain tidak cukup cecair dalam badan kerana berpuasa tapi di sini peranan pakar pemakanan untuk memastikan pemain dalam tahap terbaik untuk beraksi,” kata

Sadek.

 ??  ?? SKUAD kebangsaan perlu menang berdepan Hong Kong untuk kembali bersaing.
SKUAD kebangsaan perlu menang berdepan Hong Kong untuk kembali bersaing.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia