Harian Metro

Enggan layan kritikan

-

Kuala Lumpur: Penyerang import Selangor Francis Forkey Doe enggan melayan kecaman dilemparka­n segelintir penyokong sendiri sebaliknya mahu terus fokus membantu pasukan menamatkan saingan Liga Super di kedudukan terbaik.

Kedudukan pemain import dari Liberia itu sebelum ini goyah apabila pendaftara­n pemain kedua dibuka selepas dia dikatakan bakal disingkirk­an kerana terbabit dengan kes jenayah Mei lalu.

Bagaimanap­un Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) masih memberi peluang kepada Forkey Doe di sebalik isu itu serta prestasi kurang konsisten di padang.

Malah ada penyokong beranggapa­n Forkey Doe sepatutnya disingkirk­an dan bukannya Juliano Mineiro apabila FAS membawa masuk pemain import baru Rufino Segovia awal Jun ini.

Bagaimanap­un bagi Forkey Doe, 31, dia tidak mengambil kisah kata-kata negatif itu.

“Saya masih ada kontrak dengan Selangor jadi ada tugas yang perlu dilakukan. Memang saya mahu kekal bermain dengan Selangor jadi saya tidak kisah apa diperkatak­an orang lain.

“Kalau nak diikutkan, sejak awal musim saya dikritik tapi tetap berusaha untuk berikan yang terbaik,” katanya kepada Arena Metro.

Setakat ini Forkey Doe sudah menyumbat lima gol dalam Liga Super dan dia percaya jentera serangan mereka akan lebih mantap dengan kehadiran Amri Yahyah dan Segovia.

“Kehadiran Amri menambah kekuatan pasukan dan saya percaya kami boleh menamatkan saingan Liga

Super dalam kelompok lima terbaik. Segovia pula, kami sudah berlatih bersama dan dia pemain yang baik, jadi saya berharap dapat membentuk keserasian lebih cepat,” katanya.

 ??  ?? FORKEY Doe (kiri) janji beri persembaha­n terbaik.
FORKEY Doe (kiri) janji beri persembaha­n terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia