Harian Metro

Boleh bawa bincang...

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Yusoff Mahadi menegaskan sedia membuka pintu rundingan untuk FELCRA FC berhubung penyertaan dua pemain kelab berkenaan dalam skuad bawah 22 tahun negara (B-22).

Dua pemain berkenaan ialah ketua pasukan B-22 Mohd Adib Zainuddin dan pemain sayap lincah N Thanabalan yang ketika ini sedang mengikuti siri jelajah China sebagai persiapan terakhir menghadapi dua kejohanan besar bermula pertengaha­n bulan depan hingga penghujung Ogos nanti.

Malah, khidmat kedua-duanya turut ditagih majikan FELCRA yang mahu pengendali pasukan negara Datuk Ong Kim Swee dapat melepaskan mereka untuk beberapa aksi kelab berkenaan dalam Liga FAM.

Menurut Yusoff yang juga pengurus pasukan B-22, pihaknya sedia mencari penyelesai­an terbaik untuk situasi ‘menang-menang’ buat skuad negara dan kelab.

Begitupun, rundingan itu tertakluk kepada pemilihan senarai akhir 22 pemain untuk menghadapi Kelayakan Piala Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 pada 19-23 Julai depan dan Sukan SEA (19-30 Ogos) yang akan diputuskan Kim Swee sebaik pulang dari China hari ini.

“Buat masa ini, kami tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana senarai akhir pemain belum diputuskan Kim Swee.

“Berkemungk­inan Kim Swee ada perancanga­n tersendiri dan tidak menyenarai­kan dua pemain itu dalam skuad B-22 bagi dua kejohanan berkenaan. Jadi, kita perlu tunggu sehingga Kim

 FAM sedia runding tapi tunggu senarai akhir skuad B-22

Swee selesai memilih barisan pemain terbaiknya. “Sekiranya, Kim Swee memerlukan khidmat dua pemain itu tapi FELCRA juga mahu menurunkan pemain terbabit untuk baki saingan Liga FAM musim ini, kami sedia berunding,” katanya ketika dihubungi, semalam. Menerusi pendedahan Arena Metro sebelum ini, Timbalan Presiden FELCRA Datuk Hazian Murad bimbang mengenai prestasi pasukannya beraksi tanpa sentuhan Adib dan Thanabalan dengan membayangk­an kemungkina­n tidak melepaskan kedua-dua pemain berkenaan menyertai kem latihan negara.

FELCRA yang berbelanja besar musim ini dengan meletakkan sasaran bersaing Liga Perdana musim depan bagaimanap­un sedia melepaskan mereka dengan syarat kedua-duanya perlu dibenarkan kembali beraksi untuk baki tiga aksi peringkat kumpulan pada 9, 16 dan 23 Julai ini.

 ??  ?? KELINCAHAN Adib dan Thanabalan (gambar kecil) pikat FELCRA.
KELINCAHAN Adib dan Thanabalan (gambar kecil) pikat FELCRA.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia