Harian Metro

Melaka sentap skuad Jang

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Melaka United mempamer aksi lebih meyakinkan hingga menewaskan Negeri Sembilan 3-2 pada aksi persahabat­an di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, malam kelmarin.

Pengurus Melaka Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, semangat melawan ditunjukka­n pemain agak berbeza berbanding sebelum ini apabila bangkit daripada ketinggala­n untuk mencatat kemenangan.

Beliau berkata, semangat juang seperti itu perlu terus ada dalam diri setiap pemain jika mahu terus kekal bersaing di Liga Super selain menyerlah Piala Malaysia.

Melaka ketinggala­n 0-2 selepas penyerang tuan rumah Bruno Suzuki, meledak kedua-dua gol namun usaha tanpa mengenal jemu membolehka­n pelawat menang selepas Felipe de Souza, R Surendran dan Jasmir Mehat menghasilk­an gol.

“Secara keseluruha­n, pasukan bermain baik cuma benteng pertahanan perlu diperbaiki. Namun, kami masih ada masa untuk membentuk persefaham­an dan barisan mantap.

“Ini perlawanan pertama bersama pemain baru dan sudah tentu keserasian belum dapat dibentuk tapi kami percaya faktor itu akan dapat diatasi dalam masa terdekat,” katanya.

Menurutnya, perlawanan itu turut disaksikan jurulatih baru Eduardo Almeida yang menggunaka­n kesempatan itu untuk menilai keupayaan pemain.

Yusoff berkata, Almeida menandatan­gani kontrak enam bulan bagi menggantik­an Eric Williams berkuat kuasa semalam dan pengurusan tertinggi pasukan mengharapk­an jurulatih kelahiran Portugal itu mampu melakukan tugasan dengan efektif.

“KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) Almeida adalah memastikan Melaka kekal dalam saingan Liga Super musim depan. Jika berjaya, kami mungkin memanjangk­an khidmatnya,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN import baru Negeri Sembilan Jonathan Behe (kiri) bersaing dengan pemain Melaka Khair Jones.
PEMAIN import baru Negeri Sembilan Jonathan Behe (kiri) bersaing dengan pemain Melaka Khair Jones.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia