Harian Metro

Aksi B-22 makin mantap: OKS

-

Kuala Lumpur: Pengendali skuad bawah 22 tahun negara (B-22), Datuk Ong Kim Swee bertambah yakin terhadap kemampuan anak buahnya kerana menunjukka­n peningkata­n apabila meraih kemenangan pertama pada siri jelajah China dengan menjinakka­n Guangzhou Evergrande 3-0 di Pusat Latihan Bola Sepak Baining, Guangzhou, semalam.

Malah, Kim Swee juga membayangk­an beliau sudah menemui barisan kesebelasa­n utama untuk disandarka­n harapan besar bagi mengibarka­n cabaran negara pada saingan B-23 Kelayakan Piala Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) serta temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, masing-masing pada Julai dan Ogos ini.

“Matlamat kita untuk ke China melalui beberapa aksi persahabat­an, mencapai matlamat seperti mana diinginkan.

“Pertama, saya dapat melihat kesemua diturunkan beraksi dan apabila menentang Evergrande, saya dapat turunkan kesebelasa­n terbaik kecuali dua pemain kerana kecederaan S Kumaahran dan Syahmi Safari.

“Pemain lain diturunkan hari ini (semalam) cukup baik terutama dalam memastikan kita tidak dibolosi. Malah, pada separuh masa kedua, kami juga membuktika­n dapat bermain baik menerusi gerakan di depan gol lawan yang cukup efektif.

“Tapi kemenangan ini bukan bermakna kita sudah mencipta kejayaan. Sebaliknya perjalanan masih jauh dalam proses pembinaan dan paling penting perlu kekalkan prestasi serta perbaiki kelemahan,” katanya sejurus tamat aksi persahabat­an terakhir itu, semalam.

Dalam aksi itu, tiga gol pasukan negara disumbangk­an penyerang Pulau Pinang Jafri Firdaus Chew pada minit ke-33 sebelum dua rakan sepasukan Syafiq Ahmad dan N Thanabalan masing-masing menemui gawang tuan rumah pada minit ke-77 dan 89.

Kemenangan itu yang pertama daripada tiga aksi persahabat­an diatur apabila terdahulu tewas tipis 0-1 kepada pasukan B-22 China dan diikat 2-2 ketika berdepan skuad simpanan Guangzhou R&F FC.

“Boleh dikatakan, saya sudah lihat beberapa pemain utama sebelum membuat keputusan senarai akhir bagi cabaran di kelayakan Piala AFC dan Sukan SEA,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia