Harian Metro

Jammeh ganti tempat Soto

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

 Pemain pertahanan PKNS itu terpaksa diketepika­n selama 45 hari akibat kecederaan lutut

PKNS FC terpaksa melupakan khidmat Gonzalo Soto dan bergantung sepenuhnya kepada import baru dari Gambia Abdou Jammeh untuk ‘menjaga’ benteng pasukan sepanjang baki saingan Liga Super musim ini.

Jurulatih E Elavarasan berkata, mereka tidak mempunyai pilihan kecuali mengetepik­an Soto yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut.

“Kami sudah mendapat laporan perubatan Soto. Menurut doktor, dia memerlukan sekurang-kurangnya 45 hari untuk pulih sepenuhnya sebelum dapat beraksi.

“Oleh itu, kami tidak boleh menunggu kerana dengan kedudukan PKNS dalam liga sekarang, tiada pilihan kecuali berjuang habis-habisan pada pusingan kedua.

“Lagipun salah satu sebab mengapa pertahanan kami goyah musim ini kerana Soto tidak dapat memberi permainan sebenar akibat dibelenggu kecederaan.

“Saya yakin PKNS membuat keputusan tepat dengan mengambil Abdou sebagai pengganti. Berdasarka­n pengalaman­nya sebagai kapten pasukan kebangsaan Gambia, dia pasti mampu memenuhi harapan kami,” kata Elavarasan.

Selain Soto, PKNS turut menggugurk­an Matias Jadue serta Lucas Espindola untuk digantikan dengan pemain Korea Selatan Park Kwang II dan Fabio Ferrerra dari Portugal.

(gambar)

Hanya Patrick Ronaldinho Wleh dikekalkan.

Elavarasan berharap, kemasukan tiga pemain import baru itu dapat membawa impak positif kepada PKNS sekali gus memperbaik­i kedudukan dalam liga.

Ketika ini, PKNS berada di tangga kesembilan dengan 11 mata, terikat dengan Sarawak dan Melaka United yang menghuni tangga ke-10 dan 11.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia