Harian Metro

Tidak belakangka­n 2 rakan

- DARI MUKA 1

Azira berjanji kekal dalam De Fam meskipun bidang lakonan

membawa namanya ke puncak

“Persoalan itu sering timbul mungkin disebabkan kami jarang muncul di kaca TV. Kalau nak tahu, De Fam banyak mendapat tawaran menyanyi pada acara korporat dan tertutup. Disebabkan itu banyak beranggapa­n kami tidak lagi menyanyi.

“Saya berlakon sekiranya ada masa terluang. Kalau tawaran kena dengan masa dan keadaan, saya terima. Biarpun aktif berlakon, nyanyian dan kumpulan tetap menjadi keutamaan saya,” katanya.

Azira berjanji untuk kekal dalam kumpulan itu meskipun bidang lakonan berjaya membawa namanya ke puncak.

Bagi Azira, dia tidak pernah membelakan­gkan dua anggota lain iaitu Sofea dan Cik Manggis kerana mereka sentiasa berbincang terlebih dahulu.

“Setiap kali mendapat tawaran berlakon saya berbincang dengan mereka. Jika kebetulan ada jemputan mengadakan persembaha­n, saya akan minta kelonggara­n daripada pihak produksi pula.

“Kedua-dua mereka sangat memahami. Malah kami saling menyokong antara satu sama lain. Kalau nak tahu, mereka berlakon bersama saya dalam drama Villa Ghazara.

“Cara kami mudah, setiap apa dilakukan perbincang­an sangat penting. Barulah wujud persefaham­an,” katanya.

Beralih kisah peribadi, siapa sangka Azira sudah lima tahun bercinta dengan seorang ahli perniagaan.

“Saya tak pernah sorok kisah cinta. Sekiranya ada bertanya, saya sedia berkongsi. Cuma saya jarang bawa bersama ke acara hiburan kerana dia jenis yang ‘low profile’. Ada acara tertentu saja dia ingin ikut.

“Dalam hubungan ini, saya hanya ikut aturan ditetapkan. Apatah lagi kami belum ada perancanga­n untuk berkahwin. Saya sentiasa percaya kepada jodoh. Lambat atau cepat ia ketentuan Allah.

“Buat masa sekarang kami teruskan hubungan seperti biasa. Pada masa sama, kami fokus kepada kerjaya masingmasi­ng. Doakan saja yang baik-baik,” katanya.

Berkongsi kerjaya lakonan pula, sepanjang Ramadan

 ?? FOTO INSTAGRAM
PAKAIAN INSTAGRAM ??
FOTO INSTAGRAM PAKAIAN INSTAGRAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia