Harian Metro

Rancang filem komedi Islamik

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Memulakan langkah sebagai anak seni menerusi program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) sehingga menempa gelaran juara, kini Mawi tidak hanya fokus kepada kerjaya nyanyian dan lakonan tetapi turut aktif di belakang tabir.

“Saya jatuh cinta dengan kerja belakang tabir iaitu bergelar penerbit, pengarah dan penulis skrip.

“Sebelum ini, saya pernah mengarahka­n lima drama dan menghasilk­an beberapa skrip.

“Antara yang ditayangka­n adalah Oh My Pondok di saluran Astro Oasis pada setiap Selasa, jam 9.30 malam,” katanya.

Mula mengarah pada 2009, Mawi memaklumka­n ada insiden pahit yang kekal terpahat di ingatannya sehingga hari ini.

“Karya pertama saya adalah telefilem Pak

Nil, Mak Kirim Salam. Semuanya berjalan lancar sehinggala­h berlaku insiden hilang 15 babak daripada simpanan.

“Itu adalah karya pertama dan apabila ia berlaku, rasa trauma untuk terus berkarya. Namun, saya tak patah semangat sebaliknya membetulka­n keadaan dan masih berkarya sehingga sekarang,” katanya.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi

Ani juga kini dalam perancanga­n menerbitka­n filem pertamanya.

“Filem yang bakal saya

Mawi kini rancak buat penyelidik­an, yakin dapat diterima

ramai

hasilkan nanti bergenre komedi Islamik. Saya serius untuk merealisas­ikan filem ini dan kini rancak melakukan penyelidik­an.

“Berbanding drama, pembikinan filem lebih berisiko tinggi. Daripada apa yang saya lihat dan semak, kutipan terendah filem tahun lalu adalah RM19,000,” katanya.

Mengulas lanjut genre pilihannya itu, Mawi yakin ia dapat diterima ramai.

“Banyak filem yang dihasilkan tidak kena dengan kehendak penonton walaupun ia berkualiti.

“Saya berasakan genre komedi Islamik mampu menarik perhatian orang ramai memandangk­an ia sentiasa diterima baik,” katanya.

Perkembang­an lain, Mawi baru sahaja selesai menjalani penggambar­an filem Munafik 2.

Menerusi filem garapan Syamsul Yusof itu, Mawi memegang peranan sebagai Azhar, rakan kepada Ustaz Adam.

“Penggambar­an berlangsun­g selama 64 hari di sekitar Pahang, Perak dan Selangor,” katanya yang berduet dengan Oja & Tunable Band menerusi dua lagu raya berjudul Marhaban Ya Ramadan dan Calit.

 ?? FOTO ??
FOTO
 ?? Mawi ?? Berbanding
drama, pembikinan
filem lebih berisiko tinggi. Daripada apa yang saya lihat dan semak,
kutipan terendah filem tahun lalu adalah
RM19,000
Mawi Berbanding drama, pembikinan filem lebih berisiko tinggi. Daripada apa yang saya lihat dan semak, kutipan terendah filem tahun lalu adalah RM19,000

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia