Harian Metro

EXO tiada strategi rahsia

- (Yang mewawancar­a EXO di acara Skechers Sweet Monster K-Pop Dance Competitio­n di Singapura, baru-baru ini)

Kejayaan global yang dicipta kumpulan EXO dari Korea Selatan memang tidak perlu disangkal. Fenomena kumpulan itu seakan-akan tiada hujungnya.

Kejayaan demi kejayaan mengiringi kembara seni kumpulan dianggotai Xiumin, Suho, Lay, Baekhyun, Chen, Chanyeol, D.O, Kai dan Sehun itu selain terus meraih perhatian jutaan peminat.

Entah apa rahsia kejayaan mereka, yang pasti EXO mencetuska­n inspirasi kepada kumpulan baru. Bahkan, EXO menjadi penanda aras terbaik untuk berjaya dalam arena hiburan Korea.

Menurut Chanyeol yang ditemui RAP bersama Suho dan Sehun baru-baru ini, tiada strategi rahsia yang jadi pegangan mereka selama ini. Segala kejayaan dicapai adalah hasil usaha bersama sebagai satu kumpulan.

“Tiada resipi rahsia, cuma ikatan yang kukuh antara kami selama ini menjadi kekuatan

EXO. Persahabat­an yang erat memberikan kami semangat untuk terus berjuang.

“Saling menyokong antara satu sama lain juga menjadikan kami sentiasa mahu maju ke hadapan. Ia sekali gus membuatkan prestasi kerja kami meningkat,” katanya.

Sebut aspek muzik, EXO berada di kedudukan paling selesa. Malah kehebatan mereka diperakui pelbagai pihak, bukan sahaja di Korea Selatan bahkan negara luar.

Selain itu, mereka berkolabor­asi dengan ramai bintang terkenal dan berharap dapat bekerjasam­a dengan band terkemuka dari United Kingdom, Coldplay suatu hari nanti.

“Baru-baru ini kami menghadiri konsert jelajah Coldplay. Mereka sangat hebat di atas pentas dan kami sangat mengagumi mutu persembaha­n yang ditonjolka­n.

“Jika ada peluang, kami mahu bekerjasam­a dengan mereka,” kata Sehun.

Berkongsi mengenai jadual seni EXO, Sehun memaklumka­n ia penuh sehingga hujung tahun ini.

“Kami akan kembali ke studio untuk merakamkan album baru. Selain itu, kami akan menjelajah ke serata dunia menjayakan pelbagai konsert,” katanya.

Gamatkan Singapura

Meskipun ada sebuah acara muzikal berlangsun­g di Singapura sewaktu kunjungan EXO, ia sedikit pun tidak menggugat kesetiaan peminat terhadap kumpulan itu.

Membuat kemunculan khas pada acara Skechers Sweet Monster K-Pop Dance Competitio­n, kehadiran EXO menggamatk­an suasana.

Bahkan, sebaik sahaja Chanyeol, Suho dan

Sehun muncul, sorakan bergema memenuhi ruangan itu.

Pertanding­an anjuran jenama kasut Skechers itu diadakan bagi mencungkil bakat penari muda. Ia disertai enam kumpulan dari Malaysia, Singapura

Kejaya dicapai hasil us bersam sebaga satu kumpul

 ??  ?? WAKIL EXO (dari kiri) Chanyeol, Suho dan Sehun hadir sebagai duta Skechers.
WAKIL EXO (dari kiri) Chanyeol, Suho dan Sehun hadir sebagai duta Skechers.
 ??  ?? ANTARA peserta yang berjaya memikat hati juri.
ANTARA peserta yang berjaya memikat hati juri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia