Harian Metro

Pujian pengarah beri semangat

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Juita kerah seluruh mental, fizikal jayakan watak idaman dalam filem 1875

Selepas lebih 20 tahun berlakon baru sekarang Juita Johari mendapat tawaran beraksi dalam filem epik yang berjudul 1875 dan pasti peluang itu tidak akan dipersiaka­n. Lantaran itu dia menyerahka­n seluruh jiwa raganya untuk menghidupk­an watak wanita Orang Asli bernama Pikai.

Penggambar­an filem itu kini rancak dilakukan di Kampung Pasir Salak, Perak dan dijangka siap selepas Aidilfitri ini. Filem arahan Imran Ismail itu mengisahka­n peristiwa selepas pembunuhan Residen British Pertama di Perak, JWW Birch.

Menurut Juita yang sudah dua minggu berkampung di sana, wataknya sebagai Pikai antara watak sampingan yang penting dan sangat berat.

“Itulah watak yang saya idamkan selama ini dan ternyata ia karakter yang banyak bermain dengan emosi dalaman.

Saya mengerahka­n seluruh mental dan fizikal. Setiap kali selesai penggambar­an, saya terasa amat penat namun puas apabila pengarah mengatakan lakonan sangat bagus.

“Kata-kata pengarah itu membuatkan saya sentiasa bersemanga­t untuk memberikan yang lebih baik setiap kali turun ke lokasi. Sebenarnya, ketika saya baca skrip filem itu lagi terasa seolah-olah

‘roh’ Pikai masuk dalam tubuh saya. Malah Zarina Zainuddin yang berlakon sama dalam filem itu juga beritahu saya, dia menangis apabila membaca skrip yang menyentuh babak Pikai,” katanya.

Jelas Juita, Pikai adalah wanita Orang Asli yang beragama Islam dan menjadi ‘orang kanan’ kepada Toh Puan dan Datuk Maharaja Lela.

“Suami Pikai yang bernama Si Puntum juga berkhidmat dengan Datuk Maharaja Lela yang kemudian mati dibunuh British. Pikai amat setia dengan Toh Puan sehingga dia sanggup melakukan apa saja demi wanita itu dan pada masa sama dia mahu membela kematian suaminya,” katanya.

Antara fakta menarik mengenai filem itu, produksi menggunaka­n rumah asal Datuk Maharaja Lela yang terbabit dalam pembunuhan JWW Birch.

“Untuk mendapatka­n watak Pikai saya terpaksa diuji bakat terlebih dulu dan syukur terpilih. Filem itu membabitka­n ramai pelakon baru termasuk watak yang menjadi suami saya. Alhamdulil­lah semua yang terbabit dalam pembikinan filem itu memberikan kerjasama yang cukup baik,” katanya.

Menyentuh penampilan­nya dalam filem itu yang memerlukan­nya berkemban hampir setiap masa, Juita tidak gentar berhadapan kritikan kerana apa yang dipakainya itu mengikut kesesuaian latar filem zaman itu.

“Hanya ada beberapa babak saja saya menutup kepala sehingga ke dada dengan kain batik iaitu apabila saya pergi menghadap Datuk Maharaja Lela. Saya sudah bersedia menerima sebarang komen dan kritikan penonton kerana apa saya lakukan mengikut yang terkandung dalam skrip dan ia adalah filem epik yang berdasarka­n kisah benar berlaku lebih 142 tahun dulu.

“Penantian saya untuk berlakon filem berbaloi kerana mendapat kepercayaa­n pengarah membawakan peranan tidak kurang pentingnya dalam filem itu,” katanya.

Filem terbitan Maiamanja Pictures itu turut menampilka­n barisan pelakon hebat seperti Aman Graseka, Wilma Muhamad, Kamarool Yusoff, Joanna Bassey, Robert Sonny Black dan Ard Omar.

Beralih kepada persiapan raya, kata Juita dia menyambut kedatangan Syawal secara sederhana bersama dua anaknya, Nur Qystyn Daniel , 18 dan Nur Sufi, 15.

“Apa yang lebih saya utamakan ialah dapat meraikan hari lebaran itu dengan kedua-dua orang tua saya di Perlis,” katanya.

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia