Harian Metro

Papar keindahan Islam di Maghribi

-

syarikat swasta membantu kelangsung­an hidup umat Islam yang kurang bernasib baik untuk mereka meneruskan kehidupan. Antaranya peranan syarikat EZ Qurban yang giat melakukan ibadah kurban di luar negara seperti Indonesia, Filipina, Kemboja, Myanmar, Bangladesh, Maghribi dan beberapa negara Afrika.

“Manakala baki 15 episod Syahadah memberi tumpuan cara hidup masyarakat Islam di Maghribi yang kurang mendapat pendedahan di negara ini dalam bentuk paparan dokumentar­i.

“Bingkisan dari negara yang turut dikenali sebagai ‘Negara Pinggir Andalus’ itu antaranya mengetenga­hkan peranan pejabat kedutaan Malaysia di Rabat yang menjadi medium diplomatik Malaysia dan Maghribi menjalin serta meningkatk­an hubungan dua hala dalam pelbagai dimensi yang lebih baik.

“Keistimewa­an Syahadah kali ini juga memaparkan seni bina masjid yang ditunjangi pengaruh seni bina Berber (sejak Dinasti Idrisid), Moorish dari Sepanyol yang menjajah Maghribi sejak 711 hingga 1492 dan Perancis yang menjajah negara itu sejak 1912,” katanya.

Episod Syahadah di Maghribi dibahagika­n kepada beberapa paparan iaitu Jihad Qurban, Mentari Maghribi, Kemilau Andalus, Hamparan Bumi Bertuah, Lentera Ilmu, Sehalus Sutera, Seindah Rasa, Bakti di Pinggir Andalus, Permata Maghribi, Selera Berber, Misteri Ourika, Pasir Berbisik di Sahara, Eksotika Maghribi, Eksplorasi Maghribi, Bumi Seribu Tembok dan Di Sebalik Tabir.

Penggambar­an 38 hari di Maghribi meliputi tujuh bandar iaitu Casablanca, Rabat, Fez, Marrakech,

Agadir hinggalah ke

Tantan serta bandar biru iaitu Chefchaoue­n di utara Maghribi.

Syahadah bersiaran di

TV1, pada jam 6.30 petang setiap hari dan diulang siar setiap hari juga pada jam 9.30 malam dan 5.00 pagi. Penonton juga dapat menyaksika­n program itu di TV2, setiap hari jam 7 malam dan diulang siar Isnin hingga Jumaat (jam 10.30 - 11.00 pagi) dan Isnin hingga Ahad (jam 5.30 - 5.55 pagi).

Ia juga boleh ditonton melalui streaming www. myklik.rtm.gov.my. Penonton juga boleh meyertai kuiz mingguan dan kuiz utama Syahadah di Facebook Syahadah.

Antara hadiah menarik yang ditawarkan adalah pakej umrah, pakej kembara korban, percutian ke Macau, Bali, Phnom Penh, Ho

Chi Minh, telefon bimbit, produk penjagaan diri dan kecantikan kulit.

 ??  ?? LELAKI puak Sahrawi menyertai perlumbaan berkuda sambil membuat tembakan, perlumbaan ini dikenali sebagai Fantasia.
LELAKI puak Sahrawi menyertai perlumbaan berkuda sambil membuat tembakan, perlumbaan ini dikenali sebagai Fantasia.
 ??  ?? WALAU jauh beribu batu, budaya Malaysia tidak dilupakan seperti sekumpulan pelajar Malaysia di Maghribi ini.
WALAU jauh beribu batu, budaya Malaysia tidak dilupakan seperti sekumpulan pelajar Malaysia di Maghribi ini.
 ??  ?? LELAKI Maghribi ini menyediaka­n teh pudina
dengan berpakaian tradisiona­l masyarakat
Berber.
LELAKI Maghribi ini menyediaka­n teh pudina dengan berpakaian tradisiona­l masyarakat Berber.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia