Harian Metro

Laksana projek biskut raya

-

PKOKM antara penyumbang pertumbuha­n ekonomi negara menerusi pembabitan ahli dalam perniagaan

DARI MUKA 1

Sikap merendah diri dan rasa malu yang menebal disebabkan kekurangan fizikal mereka menjadi penyebab insan kerdil itu lebih selesa memilih untuk memencilka­n diri daripada bergaul dengan masyarakat umum.

Presidenny­a Jasmi Shafie berkata, ratarata golongan kerdil itu mengalami anjakan paradigma terhadap diri mereka selepas menjadi ahli pertubuhan berkenaan dan bukanlah pemalu seperti sebelum ini.

“Kami amat berterima kasih kepada pengasas pertubuhan ini (PKOKM) iaitu pelakon Kamal Pendek atau nama sebenarnya Nurul Kamal Mohamad Zainuddin dan beberapa pelakon kerdil lain termasuk Allahyarha­m Ibrahim Pendek serta mendiang Param kerana menubuhkan PKOKM.

“Jika tidak, pasti sehingga ke hari ini orang kerdil tidak keluar daripada kepompong mereka, tiada kemajuan dicapai.

“Bagaimanap­un, mereka (orang kerdil) perlu mendapatka­n pengesahan pakar perubatan bagi memperakui sebagai orang kerdil untuk menjadi ahli pertubuhan ini dan pada masa sama diiktiraf sebagai sebagai orang kurang upaya (OKU),”katanya.

Beliau yang sudah memegang jawatan itu selama 32 tahun berkata, pada 1997 nama Kelab Sukan Orang Kerdil ditukarkan kepada

PKOKM sehingga kini.

Katanya, hari ini pertubuhan itu tidak ketinggala­n menjadi antara penyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara menerusi pembabitan beberapa ahlinya dalam bidang perniagaan.

“Seorang ahli kita kini bergelar seorang usahawan trak makanan berjaya dengan menjual kebab di Shah Alam.

“Dia ialah Ikhsan Sirat, 53, yang mengusahak­an perniagaan itu lebih 30 tahun lalu dan membanggak­an apabila meraih pendapatan lima angka pada Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan

 ??  ?? AHLI Biro Wanita PKOKM menyiapkan biskut raya tempahan
pelanggan.
INFO
Orang kerdil bermaksud individu yang kurang dari segi ketinggian iaitu tidak lebih 142 sentimeter bagi lelaki dan tidak lebih 138 sentimeter pula bagi perempuan.
Ada dua...
AHLI Biro Wanita PKOKM menyiapkan biskut raya tempahan pelanggan. INFO Orang kerdil bermaksud individu yang kurang dari segi ketinggian iaitu tidak lebih 142 sentimeter bagi lelaki dan tidak lebih 138 sentimeter pula bagi perempuan. Ada dua...
 ??  ?? Ada beberapa lagi cabang perniagaan dijalankan ahli PKOKM seperti mengusahak­an kedai bunga, perabot, sewa kanopi, banting dan ternakan kambing
Ada beberapa lagi cabang perniagaan dijalankan ahli PKOKM seperti mengusahak­an kedai bunga, perabot, sewa kanopi, banting dan ternakan kambing
 ??  ?? Sebelum ini peserta diberikan latihan membuat biskut raya sehari daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
Sebelum ini peserta diberikan latihan membuat biskut raya sehari daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia