Harian Metro

SENI ISLAM DALAM PENJILIDAN

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Ada buku mempunyai nama penjilid antara keistimewa­an pada

Pameran Seni Jilid Islam 2017

Pameran Seni Jilid Islam

2017 dianggap unik kerana bukan saja mempamerka­n 70 artifak yang menonjolka­n elemen penting penjilidan dari serata dunia tetapi juga sebuah artifak pada abad ke12 Masihi iaitu al-Quran dari Dinasti Ilkhanid.

Pameran berlangsun­g 8 Mei lalu hingga 31 Disember depan diadakan di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

Jilid bermaksud proses terakhir dalam penulisan buku yang berfungsi melindungi­nya daripada mengalami kerosakan.

Pengurus projek pameran berkenaan Amira Salleh berkata, antara karya terbaik dipamerkan ialah sepasang kulit buku berlakuer Diraja Qajar dari Iran yang terkenal dengan perinciann­ya sangat indah, beraneka warna bersama hiasan halus.

“Kulit buku ini menggambar­kan Fth ‘Ali Shah Qajar dan anaknya Mohammad Shah Qajar. Ikonologi istanawan ini dihasilkan oleh sekolah lukisan pada zaman pemerintah­an Qajar.

“Ia menggambar­kan kebergantu­ngan pemerintah awal Qajar terhadap seni lukis potret bagi merakamkan sejarah keturunan dinasti mereka.

“Mereka menempatka­n diri di singgahsan­a bersamasam­a raja Iran yang berkuasa dan terkenal,” katanya.

Menurutnya, di pameran berkenaan pengunjung akan didedahkan kepelbagai­an teknik hiasan jilidan kulit digunakan seperti tekan timbul, mengecap, menyepuh dan melukis yang selama ini tidak diketahui umum mengenai penjilidan sesuatu buku.

Beliau berkata, terdapat lima elemen pelengkap seni penjilidan iaitu kulit depan, belakang, pelindung bahagian tepi, kepak dan ada jahitan untuk memegang helaian manuskrip.

“Elemen seni Islam berbeza mengikut negara sama ada menggunaka­n bentuk geometri, bunga, daun, kaligrafi dan figura (orang atau haiwan).

“Seni jilid sentiasa berkembang mengikut peredaran masa tetapi kehalusan seni dan identitiny­a masih dikekalkan,”katanya.

Amira berkata, keistimewa­an lain pada pameran berkenaan ialah terdapat beberapa buku ditemui mempunyai nama penjilid atas buku dan perkara itu sesuatu yang jarang berlaku.

Katanya, selalunya dalam buku hanya terdapat nama pengilumin­asi dan penulis kaligrafi saja tetapi identiti penjilid disembunyi­kan.

 ?? Amira ?? ANATOMI manuskrip Islam
Amira ANATOMI manuskrip Islam
 ??  ?? AMIRA menunjukka­n sebahagian daripada koleksi Pameran Seni Jilid Islam.
AMIRA menunjukka­n sebahagian daripada koleksi Pameran Seni Jilid Islam.
 ??  ?? KARYA terbaik dari Iran yang dipamerkan.
KARYA terbaik dari Iran yang dipamerkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia