Harian Metro

JIMAT MENJELANG RAYA

-

5 tip jimat berbelanja untuk ‘kaki shopping’ sempena Aidilfitri

nanti anda terpaksa mengikat perut selepas pulang beraya di kampung dan untuk itu, Gen Y kongsikan tip sebelum menjejakka­n kaki ke pusat beli-belah:

BUAT SENARAI PERBELANJA­AN

Nampak macam leceh tetapi senarai perbelanja­an ini penting kerana boleh menjadi rujukan ketika anda berbelanja.

Tanpanya, anda akan cenderung berbelanja mengikut nafsu jadi sebelum ke pusat beli-belah, senaraikan item yang perlu dibeli.

Sebaik-baiknya, dahulukan barangan keperluan dan tolak ketepi item yag tidak perlu, barulah tidak membazir!

KAEDAH SAMPUL

Sebelum berbelanja, asing duit anda terlebih dulu mengikut sampul dan tetapkan jumlah untuk setiap satu.

Pastikan anda berbelanja mengikut jumlah dalam sampul itu saja dan tidak menggunaka­n wang lain.

Selamat mencuba!

BIJAK BANDINGKAN HARGA

Setiap kedai pasti berlumbalu­mba menawarkan harga jualan runtuh namun tidak pada semua barangan .

Jadi, anda yang perlu membuat perbanding­an antara satu kedai dengan yang lain.

Tidak rugi berbuat begitu kerana mana tahu ada kedai yang menawarkan potongan diskaun terbaik!

PILIH MASA BERBELANJA

Benar, berbelanja awal dapat mengelakka­n anda tersangkut dalam kesesakan namun ada kalanya, membeli saat akhir lebih menguntung­kan.

Malah harga ditawarkan juga jauh lebih rendah berbanding biasa lebihlebih lagi pada malam raya.

Namun, kaedah ini mungkin sesuai untuk mereka yang banyak masa tetapi tidak praktikal jika anda sibuk, bimbang kelam-kabut jadinya!

ELAK BAWA KAD KREDIT DAN ATM

Memang seronok berbelanja tanpa wang tunai kerana hanya perlu bawa kad saja tetapi anda besar kemungkina­n akan membeli melebihi had dengan cara ini.

Untuk mengelak ia terjadi, bawa duit mencukupi sebelum keluar berbelanja jadi anda tiada pilihan kecuali membeli mengikut bajet yang ada.

Percayalah, kaedah ini dapat menyelamat­kan poket anda daripada ‘bocor’!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia