Harian Metro

Kerjaya berlandask­an minat

-

Ternyata langkah diambil Mohd Shaharul Nizam Mohd Shuhaimi, 32, yang juga graduan Diploma Kejurutera­an Mekanikal adalah sesuatu yang berbaloi kerana tidak semua individu dilahirkan dengan bakat semula jadi dalam bidang itu.

Menurut Mohd Shaharul Nizam, permintaan tinggi terutama dalam penghasila­n produk berasaskan kayu membuatkan dia tekad meneruskan hobinya secara lebih serius.

“Tidak ramai tukang kayu di Lembah Klang dan peluang yang terhidang di depan mata ini perlu direbut. Saya perlu berusaha lebih gigih bagi memenuhi setiap kehendak dan permintaan pelanggan yang mahukan hasil terbaik,” katanya.

Mohd Shaharul Nizam berkata, dia memulakan perniagaan dengan membuka bengkel pertamanya di Puchong Kinrara sebelum berpindah ke Shah Alam, Selangor.

“Produk yang saya hasilkan bergantung kepada permintaan pelanggan. Selain itu saya juga menawarkan khidmat pengubahsu­aian kafe, restoran, butik dan dekorasi rumah.

“Syukur, kerjaya yang berlandask­an minat ini menjadi penyumbang utama pendapatan kami sekeluarga. Namun yang lebih penting, saya bekerja dengan gembira,”ujarnya.

Ikuti temu bual ringkas bersama Mohd Shaharul Nizam mengenai kerjayanya bergelar tukang kayu dan mengusahak­an syarikat Kustom Karpenter.

Soalan (S): Selain minat, apakah antara sebab utama anda memilih bidang ini?

Jawapan (J): Bidang ini memberi satu kepuasan yang sukar digambarka­n dengan kata-kata selepas siap menghasilk­an satusatu produk. Saya boleh tersenyum sendiri melihat hasil kerja sendiri. Tentu saja saya rasa lebih gembira apabila melihat pelanggan menyukai hasil kerja saya.

S: Apakah antara cabaran atau dugaan yang perlu anda tempuh untuk bergelar tukang kayu?

J: Cabaran utama dalam bidang ini adalah untuk meyakinkan pelanggan mengenai kemahiran saya. Pastinya bukan mudah untuk meyakinkan mereka sekali gus dan membuka hati pelanggan untuk menggunaka­n khidmat saya. Selain itu, saingan daripada tukang kayu lain juga membuatkan saya perlu kreatif dalam menghasilk­an produk. Kualiti perlu dijaga dan untuk itu, saya gunakan kayu yang terbaik.

S: Apakah status diri anda dan kini menetap di mana?

J: Saya sudah berkahwin dan dianugerah­kan tiga cahaya mata iaitu dua perempuan dan seorang lelaki. Saya kini menetap di Shah Alam, Selangor memandangk­an bengkel saya juga di situ.

S: Siapakah yang memberi dorongan untuk menjadi tukang kayu?

J: Dorongan itu datang daripada diri sendiri. Ini adalah minat saya dan saya yakin mampu melangkah lebih jauh dalam bidang ini. Saya juga ada mengikuti laman pkdiy di Facebook dan ia antara saluran terbaik yang membantu saya dalam bidang ini. Selain itu, sahabat karib saya Ezzy Dayana antara individu terawal yang memberi idea untuk saya mengusahak­an perniagaan ini. Pastinya isteri dan anak-anak juga adalah pemberi semangat utama pada saya untuk terus

berusaha lebih jauh.

S: Apakah harapan anda dalam bidang pertukanga­n kayu ini?

J: Saya mengimpika­n untuk membuka kilang perabot sendiri satu hari nanti. Di kilang itu nanti, semua produk yang dijual adalah hasil idea dan kerja tangan saya. Buat masa kini, saya mengharapk­an perniagaan pertukanga­n kayu ini dapat berkembang dan dikenali.

S: Apa nasihat anda kepada anak muda yang mahu berkecimpu­ng dalam bidang ini?

J: Untuk bergelar tukang kayu anda tidak boleh malu kerana ia juga adalah kerjaya yang rumit. Pupuk minat yang ada dan banyakkan mencuba untuk mendapatka­n hasil yang terbaik kerana kemahiran itu bertambah dengan pengalaman. -Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? FOKUS dalam menghasilk­an produk
berasaskan kayu.
FOKUS dalam menghasilk­an produk berasaskan kayu.
 ??  ?? KELUARGA menjadi tulang belakang kejayaanny­a.
KELUARGA menjadi tulang belakang kejayaanny­a.
 ??  ?? MOHD Shaharul Nizam ketika sedang menyiapkan tempahan
pelanggan.
MOHD Shaharul Nizam ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan.
 ??  ?? MOHD Shaharul Nizam bersama antara produk dihasilkan­nya.
MOHD Shaharul Nizam bersama antara produk dihasilkan­nya.
 ??  ?? SETIAP produk kayu dihasilkan perlulah dalam keadaan terbaik sebelum diserahkan kepada pelanggan.
SETIAP produk kayu dihasilkan perlulah dalam keadaan terbaik sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia