Harian Metro

Serasi membawa ke pelamin

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Perkenalan ketika kedua-duanya menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) sejak 2010 membawa hubungan dibina semakin erat dan berakhir ke jenjang pelamin.

Hubungan yang bermula sebagai rakan dan sering berkongsi suka duka itu semakin rapat apabila keduaduany­a mula menyimpan perasaan sayang dalam hati masing-masing.

Mereka mengakui tidak mengalami sebarang masalah besar apabila hubungan dibina atas dasar percaya dan saling cuba memahami antara satu sama lain.

Bagi Muhamad Faizuddin Jemenon,

27, dan Intan Suzana Sanusi, 27, sikap saling mengingati dan sentiasa positif dalam semua perkara menjadikan kedua-duanya serasi bersama.

Selepas menyulam cinta dalam tempoh yang agak lama, pasangan itu mengikat tali pertunanga­n pada 13 Disember 2015 selepas hubungan dibina mendapat restu keduadua belah keluarga.

Pasangan sama cantik sama padan itu kemudian disatukan dalam majlis pernikahan yang diadakan pada 25 November lalu di Masjid Al- Muhajirin Felcra Nasaruddin, Bota, Perak.

Majlis resepsi sebelah perempuan diadakan keesokan harinya di Dewan Orang Ramai Felcra Nasaruddin dengan memilih tema tradisiona­l gabungan rona putih dan merah.

Majlis dihias cantik dengan dekorasi daripada d’sanding Aziey, busana indah dan solekan juga daripada d’sanding Aziey. Detik indah majlis pula dirakam jurugambar Nurul Shafina Jemenon dan ukiran inai daripada Shaffiqah Halimi.

Pasangan mempelai mengharapk­an hubungan dibina berkekalan hingga ke akhir hayat selain mengucapka­n ribuan terima kasih dan penghargaa­n kepada seluruh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

 ??  ?? 1. PASANGAN pengantin sama cantik sama padan.
2. MEMPELAI pada hari bersejarah.
3. KEDUA-DUANYA mengharapk­an hubungan dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
1. PASANGAN pengantin sama cantik sama padan. 2. MEMPELAI pada hari bersejarah. 3. KEDUA-DUANYA mengharapk­an hubungan dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia